Nama*: | Norazura |
Tajuk*: | Hutang |
Message*: | Salam, Kawan baik saya telah meminjam wang sebanyak RM 5 ribu untuk kegunaan sewaktu Hari Raya Aidilfitri. Beliau berjanji akan memulangkannya pada bulan satu. Saya cuba menghubunginya, tetapi email tidak dijawab, sms tidak dibalas, telefon tidak diangkat. Saya mengatakan saya menghalalkannya melalui email jika beliau tidak mampu membayarnya. Beliau tetap mendiamkan diri. Saya mendapat tahu bahawa beliau menggunakan wang itu bukan untuk keperluan yang mendesak. Saya rasa tertipu. Adakah hutang itu telah jatuh halal walaupun tiada ijab dan qabul? |
File Upload: |
Hutang tetap hutang dan wajib peminjam untuk membayar hutangnya.
Pemberi hutang boleh menghalalkan hutang itu sama ada dimaklumkan melalui sms, surat, call dll... Bila dihalalkan, maka terlepaslah hutang berkenaan.
Namun jika disedari kemudiannya bahawa kita ditipu, maka hak saudara sebagai pemberi hutang masih ada. Masih boleh untuk menuntut hutang berkenaan kerana dia menipu..
tk
Visitor IP: 92.29.218.159
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.