Thursday, September 4, 2014

Soalan: Lafaz Talak "SMS"

Nama*:NURUL
Alamat Email:nabila6212@gmail.com
Tajuk*:Lafaz Talak "SMS"
Message*:Assalamualaikum ustaz,sy nak btanya tntg isu talak.
baru2 ni sy dan suami ada sedikit perselisihan faham.
sy meminta cerai dr suami dlm keadaan marah dan setelah bkali2 meminta(di dalam sms)..suami akhirnya melafazkan talak dgn menulis ddlm SMS "ok,lepas bersalin jatuh talak 1" (utk pengetahuan sy tgh mengandung 8 bulan/anak kedua kami)
tetapi slps itu suami ada beritahu kawannya dia terpaksa dan tertekan tanpa niat.sbb sy memaksa.begitu jugak yg dia bgtau sy..kami kembali ok..lps beberapa hari kemudian,kami bertengkar lg..lalu suami menyatakan "cerai pon cerai lah" dlm keadaan marah..dan sy kurg jelas perkataan yg dsebut..cuma dgr sikit2 ja.. Adakah talak itu sah selepas sy melahirkan anak..atau tidak? adakah perlu drujuk pejabat agama?
File Upload:

Salam

Puan perlu merujuk kes ini ke pejabat agama, paling tidak untuk dapat kaunseling rumah tangga.. Sudah-sudah lan tu, tidak perlu bergaduh lagi dan tidak perlu nak minta cerai pada setiap kali bergaduh. Perbaiki rumah tangga kita, usah dituruti nafsu sangat.

sila rujuk ke pejabat agama pada kes ini.. maaf, saya kurang arif..
 tk ..

Visitor IP: 10.4.0.174,175.139.242.250

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA