Soalan: ustaz tolong jelaskan
Nama*: | wani |
Tajuk*: | ustaz tolong jelaskan |
Message*: | Saya puan wani yg hantar soalan me.genai botol kaca tu dimana suami berkata "kalau jatuh bercerai"..
Mohon ustaz jelaskan maksud jawapan yg ustaz berikan ni " jika botol itu tidak jatuh dan perkara ini telah pun berlalu maka kes ini tamat".
Saya kurang faham.mohon ustaz jelaskan |
File Upload: | |
Salam
maksud saya, jika botol itu tidak jatuh ketika kejadian itu... sedangkan pada ketika itu suami puan ada menyebut 'jika jatuh, akan bercerailah kita'... maka taklik cerai tidak terjadi.
Kes ini tamat sebab peristiwa botol itu telah berlalu, tidak ada lagi kes botol-botol selepasnya
Visitor IP: 1.9.103.227
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.