Soalan: lafaz talak
Nama*: | mohd zaid muda |
Tajuk*: | lafaz talak |
Message*: | assalamualaikum, tuan,
saya ingin bertanya, saya pernah bercakap untuk berpisah dengan isteri sy, adakah itu dikira lafaz talak?? sekiranya ya, adakah sy perlu rujuk di mana2 mahkamah syariah?? dalam masa yang sama sy selalu bertengkar dengan isteri, saya sndiri ssh untuk duduk serumah dengan die, tp saya ssh untuk lafaz kn talak pada die, apa yang patut sy lakukan?? saya harap pihak tuan dapat membantu..
terima kasih |
File Upload: | |
Salam
Bercakap untuk berpisah itu adalah satu keinginan untuk bercerai. Namun cerai hanya akan jatuh setelah saudara melafazkan cerai dengan jelas. Jika tiada lafaz cerai, bererti tiadalah cerai itu teradi.
Maksud rujuk ialah mengajak kembali isteri untuk kembali sebagai suami isteri selepas talak terjadi dan dalam masa edah.
Rujuk ke mahkamah itu bermaksud lain. Rujuk itu ialah refer kes ini ke mahkamah utk dapatkan kepastian hukumnya..
tk
Visitor IP: 210.48.222.8
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.