Nama*: | Asa |
Alamat Email: | pap4as@gmail.com |
Tajuk*: | Keliru Status Talak |
Message*: | Salam Ustaz, Saya ingin bertanya tentang DUA situasi di bawah : 1) Katakan sepasang suami isteri telah bercerai talak 1 dan kemudiannya rujuk di luar mahkamah...Setelah 3 tahun, mereka ke mahkamah untuk mendaftarkan penceraian dan rujuk...Tetapi setelah melalui prosedur mahkamah, didapati penceraian mereka yang berlaku 3 tahun lepas tidak sah...Dalam erti kata lain tidak jatuh talak...Jadi mereka tidak perlu mendaftarkan rujuk. Soalan saya, berapa quota talak yang tinggal? Adakah kekal 3 atau telah berkurang menjadi 2 kerana suami telah YAKIN bercerai pada 3 tahun lepas dan telahpun rujuk...Cuma setelah melalui mahkamah syariah, didapati talak dulu tidak jatuh...Jadi keyakinan dulu telah diganti dengan keyakinan baru yang lebih pasti iaitu tidak berlaku penceraian. Adakah keyakinan dulu tidak menyebabkan jatuh talak? 2) Katakah seorang suami ragu-ragu dengan lafaz cerai mungkin terkeluar daripada mulutnya...Disebabkan takut dan bimbang, kemungkinan ragu-ragu tersebut telah berada di tahap SYAK atau DZAN (iaitu tidak lagi sampai ke tahap yakin). Setelah merujuk kepada orang yang lebih arif, didapati lafaz cerai tersebut tidak menyebabkan penceraian. Soalan saya, adakah tahap SYAK atau DZAN boleh menyebabkan jatuh talak? -------------- Saya agak keliru sebenarnya, adakah yakin sahaja dah boleh menjatuhkan talak walaupun talak sebenarnya tidak terjadi setelah di rujuk kepada mereka yang lebih arif. Mohon pencerahan Ustaz. Terima kasih. |
File Upload: |
Salam..
1. Kita ikut kata putus yang ditetapkan oleh mahkamah. Maksudnya mahkamat kata ia tidak jatuh talak dan ia tidak perlu dirujuk, so status perkahwinan masih sah tanpa ada cerai lagi. Jadi bilangan talak masih kekal pada tiga.
2. Keraguan tidak boleh dijadikan alasan dan sandaran pada hukum. Tidak pasti tersebut talak atau tidak tidak boleh disandarkan untuk menetapkan hukum talak telah terjadi.
* Seperkara yang pasti saudara ini seorang yang was-was dan tidak yakin dengan diri sendiri. CUba ubah sikap ini. Bertindaklah dengan yakin dan pasti. Usah dilayan lintasan hati dan perasaan yang dating berganti..
tk
Visitor IP: 203.106.156.62
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.