Nama*: | Maya |
Alamat Email: | maizatulnoya@gmail.com |
Tajuk*: | status lafaz |
Message*: | assalamualaikum..saya ada beberapa ungkapan yg sy ragu2 hukumnya. 1-kau boleh berambus dari rumah ini. 2-kau dah macam pelacur 3-kau bukan isteri aku 4-aku xnak tengok muka kau lagi,tolong hormat keputusan aku. jika ungkapan di atas ini keluar dari mulut suami,apakah hukumnya?ungkapan2 ini kerap diulang. |
File Upload: |
Salam
Ungkapan seperti itu lahir daripada seorang lelaki yang tidak selayaknya bergelar suami. Suami sewajibnya menghormati isteri dan menjadi pelindung kepada isteri dan keluarganya. Suami yang tidak pernah terdidik dengan asuhan agama biasa mengeluarkan kata-kata seperti ini, panas baran dan tidak boleh diajar dan tidak mahu diajar..jadilah kurang ajar.... Op sorry..
Dari sudut hukum syarak, kata-kata seperti di atas boleh menjatuhkan talak apabila suami berniat untuk menceraikan isterinya dengan ungkapan no 1, no 3, dan no 4. Jika dia tiada niat, tidak jatuh talak lagi. Kena bertanyakan suami tentang hal ini.
Terima kasih.
Visitor IP: 219.93.188.13
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.