Soalan: adakah lafaz tersebut terpakai
Nama*: | shasa |
Tajuk*: | adakah lafaz tersebut terpakai |
Message*: | Salam ustaz...
Selepas akad nikah, pengantin lelaki akan membaca lafaz taqlik dan tandatangan... Masalah saya ialah: selepas 3 hari saya nikah, saya dengan sengaja tanya suami kandungan lafaz taqlik itu..masa tu kami dalam kereta dan suami yang drive...suami pun mengulang kembali lafaz itu seperti " saya(nama suami) apabila saya meninggalkan isteri saya (nama dan ic isteri )..................dan seterusnya........." . Saya dengar tapi macam khayal....lepas sampai dirumah, saya tanya balik pada suami " tadi abangg lafaz ada tak sebut Jika dia mengadu kpd mahkamah dan mahkamah mendapati ianya benar, maka jatuhlah satu talak keatasnya".. Suami pun cakap entah mcm ingat2 lupa...saya pun yang dengar ni macam ingat2 lupa... Apa hukum taqlik yang saya minta suami beritahu saya itu? Adakah diterima pakai..sebab saya dan suami lupa ada tak sebut ayat yang mengadu ke mahkamah tu..
Mohon pendapat ustaz... |
File Upload: | |
salam..
pertanyaan ini seingat saya, pernah saya jawab sudah beberapa kali.. ini spam ke real...
jawapannya, lafaz taklik adalah seperti apa yang tercatat pada surat nikah. Rujuk kepada apa yang tercatat kerana suami tidak dapat ingat (kadang kala tak tahu pun) apa yang diucapkan..
tk
Visitor IP: 203.106.159.251
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.