Thursday, September 25, 2014

Soalan: jatuh ke talak

Nama*:hamba allah
Tajuk*:jatuh ke talak
Message*:sy pernah bercerai dgn suami sy dsebabkan taklik ( kalu pakai baju lain jatuh talak)sebelum tu bnyk taklik2 lain lg yg suami sy kenakan..selepas berpisah di sebabkan taklik tu kemudian kami rujuk balik..adakah taklik2 lain masih boleh di guna pakai ustaz?selepas kami rujuk..( skrg kami telah rujuk) sebelum rujuk suami sy ada mengatakan,kalu tipu lg kite berpisah yg xleh rujuk..satu mlm dia ada mengatakan dlm bilik ada tak sy simpan brg dari lelaki lain..sy mmg xde simpan..ttapi selepas tu sy baru teringat sy ada simpan rantai pemberian abg angkat sy dan saudara yg bg..( sblm kawin dgn suami)adakah jatuh talak?
File Upload:
Salam

Suami puan ini kena ajar sikit.. supaya tak perlulah semua perkara hendak dikaitkan dengan cerai dan taklik.. Kenapa nak rosakkan perkahwinan dengan sebab-sebab yang mudah dan boleh terjadi? Ataupun memang suami puan sudah tidak berminat untuk meneruskan perkahwinan ini lagi?

Apabila terjadi cerai dengan sebab pelanggaran taklik, maka berbagai taklik yang dibuat sebelum itu adalah terbatal, tidak diperakukan lagi.

(lepas ni cakaplah pada suami, usah bertaklik lagi..
tk

Visitor IP: 183.171.164.207

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA