Tuesday, September 2, 2014

Soalan: assalamualaikum

Nama*:khayla
Alamat Email:degubah@gmail.com
Tajuk*:assalamualaikum
Message*:Maaf ustz sy nk tnye,,sy da berkahwin dgn suami 2 thun lebih, mslh skrg hati dn perasaan sy da mati tok dia. Sudah terlalu kosng,,msih ddk sebumbng tpi lain2 bilik,,segale nyer hambar,,sy da puas mncuba tok wujdkn perasaan tu semula,,tapi xdpt,,sy mntak suami lepaskn sy,,,tpi dye swoh sy berubat kg dulu,,dn sy tetapkn syart pd suami,,jika selepas berubat sy msih tetap sme,,dia msti lepaskn sy,,suami pn da setuju,,untuk melepskan sy,, stlah berubat,,haty dan perasaan sy tetp same,,adakah jatuh talak pd sy?? Sy tak sangup berperang dgn perasaan sendri,,
File Upload:

Salam.

Selagi mana suami tidak melafazkan cerai, maka tidaklah jatuh talak ke atas puan. Dengan lafaz taklik seperti di atas, yang tidak jelas dinyatakan 'tempoh masa berubat' dan 'kesan selepas berubat' ia tidaklah menjatuhkan talak.

Risau, bagaimana suami isteri tidak ada rasa kasih sesama lagi? Bukankah berkahwin dahulu kerana cinta juga.. atas pilihan hati juga...

BErdoalah selalu kepada Allah untuk kembali normal dan saling memerlukan suami isteri..Taubat dan tahajud, kembali kepada Allah agar kembali normal...

tk


Visitor IP: 203.82.94.42

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA