Soalan: mandi wajib
Nama*: | nani |
Alamat Email: | |
Tajuk*: | mandi wajib |
Message*: | Salam ustaz...kuku kaki saya hitam. bila saya potong kuku tu, warna hitamnya ada/melekat pada kulit kuku tu..saya yakin yg kuku saya rosak.
Ini kerana, setelah saya bersihkan, warna hitamnya still ada pada kuku dan celah kuku serta kulit celah kuku...kadang2 saya bersihkan sehi.gga luka.. Nak kata ia menghalang air saya tak pasti sbb kuku saya tu bukannya kena cat / pen / gam / atau benda yg boleh menghalang air.
Soalan saya, adakah sah mandi wajib saya jika saya dah cuba utk poto.g guna sepit kuku tp jadi luka... |
File Upload: | |
Salam..
Saudara, Islam itu agama yang mudah dan tidak membebankan kita.
Kehitaman pada kuku kerana ia penyakit, maka ia tidaklah menghalangkan air lagi, ia dimaafi. Saudara tidaklah perlu membuang kuku berkenaan pula..
tk
Visitor IP: 1.9.103.154
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.