Soalan: Cerai ke kalau sms
Nama*: | Suprianto Anas |
Alamat Email: | suprianto8184@gmail.com |
Tajuk*: | Cerai ke kalau sms |
Message*: | Dengan nama Allah kita bercerai lah kalau itu kau nak (tapi saya x berniat,sekadar mengugut)
Kita bercerailah kalau itu kau nak..(juga x berniat nak cerai)
Semua kata cerai ni saya katakan semata2 nak biar dia balik je ustad...tapi saya memang xda niat pun nak ceraikan...
Adakah cerai ni jatuh talak atau kami di kategorikan bercerai?
Teriam kasih ustadz |
File Upload: | |
Salam
Pada lafaz ini tergantung sahnya talak pada KALAU ITU KAU NAK, jadi pada pendapat saya ia tidak jatuh talak lagi.
Tapi tolonglah.. usah bermain dengan kata-kata cerai dan talak ni, tak kena tu...
tk
Visitor IP: 210.195.6.29
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.