Sunday, July 6, 2014

Soalan: taklik

Nama*:INTAN SAKINAH
Alamat Email:intansakinah@umk.edu.my
Tajuk*:taklik
Message*:Assalamualaikum w.b.t

1. Suami saya telah berkahwin dua...pada satu hari suami tidak membenarkan saya menelefon isterinya.. Dia memberitahu "KALAU MU TELEFON DIA JATUH TALAK" saya telah menelefon isterinya dengan menggunakan number lain tetapi tidak di angkat oleh isterinya..adakah jatuh talak

2. Saya ada memberitahu suami sy :JIKA SAYA BEKERJA DI LUAR KELANTAN MAKA JATUH TALAK 3 KEATAS SAYA DAN JIKA SAYA CURANG DENGAN LELAKI LAIN MAKA JATUH TALAK 3 KE ATAS SAYA..suami menjawab tak apa la macam itu..adakah jatuh talak pada sya
File Upload:

Salam

1. Tindakan melanggar lafaz taklik menyebabkan jatuhnya talak walaupun isteri berkenaan tidak angkat telefon puan....

2. Ini lafaz taklik yang puan sebut dan disahkan oleh suami. Maksudnya suami membenarkan (mengesahkan) lafaz berkenaan sebagai benar dan sah. Oleh itu puan perlu dapatkan kepastian dahulu sama ada suami memang membenarkan ketetapan ini atau dia hanya mengiyakan sekadar malas ak layan sahaja?

Jika dia membenarkan kenyataan ini bermakna wujudnya taklik dalam perkahwianna ini. Puan perlu patuhi pantang larang seperti yang ditaklikkan kerana sebarang pelanggaran lafaz taklik akan menyebabkan terjadinya cerai.

tk



Visitor IP: 103.26.75.254

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA