Soalan: 'saya tak boleh hidup dengan awak'
Nama*: | hefiza |
Alamat Email: | hefiza.banon@moe.gov.my |
Tajuk*: | 'saya tak boleh hidup dengan awak' |
Message*: | assalamualaikum..saya isteri bakal kepada 2 orang anak..soalan sy...JATUH KE TIDAK TALAK APABILA SUAMI MENYATAKAN 'SAYA RASA TAK BOLEH DAH HIDUP DENGAN AWAK'..'SAYA TAK PERNAH JUMPA ISTERI MACAM NI'...adakah jatuh talak keatas diri saya? |
File Upload: | |
Salam
Ia adalah lafaz kinayah (lafaz yang tidak jelas). Ia memerlukan NIAT daripada suami sama ada dia menyebut dengan maksud cerai atau tidak. Jika tanpa niat cerai, maka puan selamat dan tidak jatuh talak. Tapi jika niat cerai.. jatuhlah talak satu.
Dapatkan kepastian suami dan terima pengakuannya..
tk
Visitor IP: 203.217.176.80
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.