Soalan: sah cerai atau tidak?
Nama*: | nuril |
Alamat Email: | nuril_80@hotmail.com |
Tajuk*: | sah cerai atau tidak? |
Message*: | Assalammualaikum, saya ada kemusykilan di sini. Satu malam saya dan suami sedang bergurau. Dan pd mlm yg sama sy telah siapkan bilik kami ala2 bilik spa untuk mengurut suami saya. Dan suami saya terpegun melihat bilik saya dan diri saya (seksi).
Persoalanya, suami saya telah bergurau dengan megeluarkan kata " malam ini awak bukan isteri saya awak tukang urut saya." Dgn segera saya menegur dia. Dan dia kata maaf dekat saya dan katanya dia hanya bergurau dan tiada maksud apa2. Dan saya tahu dia memang bergurau.
Tapi apa yg membuatkan saya was2 ialah jatuhkah talak keatas saya?
Tolonglah saya perlu jawapan dengan segera. Atau adakah no telefon yg patut saya hubungi?
Sekian, terima kasih.
nuril |
File Upload: | |
salam
Gurauan seperti itu tidaklah menjatuhkan talak. Cuma jangan digurau sepeti itu lagi.
tk
Visitor IP: 113.210.132.25
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.