Nama*: | Nur Syahidah binti Ismail |
Alamat Email: | Syahidahismail_88@yahoo.com |
Tajuk*: | Tuntutan Fasakh |
Message*: | Assalamualaikum, Saya Puan Nur Syahidah ingin bertanya pada pihak tuan bahawa saya ingin bercerai tetapi pihak suami tidak mahu. Usia perkahwinan kami selama 5 tahun sehingga sekarang. Dalam tempoh dua tahun usia perkahwinan kami, kami memang tidak ada apa masalah malah dia tidak memberi saya nafkah tetapi masa itu saya redha lagi, pada satu tahap tu saya perlu meminjam duit daripada dia sedang kan setiap bulan dia kena bagi saya duit tetapi tidak disebalik nya.. dia tidak bagi saya duit untuk perbelanjaan saya malah saya perlu pinjam duit daripada dia.. saya duduk dirumah keluarga saya, dia menumpang disitu tetapi bil api atau air boleh dikira berapa kali je dia bagi duit, tu pon dia bagi tidak la cukup dan saya sendiri yang kena tambah padahal saya tidak bekerja.. saya yang bertungkus lumus untuk cari duit untuk bayar bil sahaja dan pinjam duit daripada orang semata-mata untuk bayar bil..selama saya tidak bekerja saya hanya makan sehari sekali je sebab duit tak ada..bila saya mintak duit senang je bunyi nya duit tak ada.. dah sampai waktu nya saya mintak izin dia untuk bekerja dan dia benarkan saya bekerja atas dasar nak membantu dia.. gaji saya ni tidak la begitu banyak, tak sampai cukup bulan gaji saya kan habis kerana saya membayar segala bil sedang kan si suami saya duduk dalam keadaan yang free..malah dia pertikaikan mana pergi duit gaji saya? saya pon nak juga beli baju kerja saya, kasut kerja dengan duit saya sendiri..pernah dia bagi saya duit tapi takde la banyak dan tidak la cukup untuk bertahan selama satu bulan dengan rm50.. gaji dia masuk setiap 25hb dan gaji saya masuk setiap 1hb, masa saya tunggu gaji tu saya meminjam dari gaji dia untuk perbelanjaan saya sedangkan dia yang kena bagi saya duit.. semenjak saya bekerja dari situ dia kata saya berubah.. keluar sini sana.. ye saya semenjak kerja ni ramai kawan dengan kawan lelaki, niat saya nak berkawan je tak lebih pon dari itu.. dia anggap lain.. bukan maksud saya tidak ada kawan perempuan tapi kawan lelaki lebih ramai berbanding perempuan. saya tidak sanggup lagi nak hidup bersama dia lagi.. nak tengok muka dia pon dah tak suka dah..saya bincang secara baik dengan dia tetapi dia masih berdegil dan tidak mahu melepas kan saya..dan saya pernah cuba untuk pertahankan rumah tangga kami ni dengan suruh dia berusaha mencari duit lebih tetapi dia gagal..dan selama tu la saya masih bertahan dan telah tawar hati dengan perbuatan dia.. Apa perlu saya buat? layak ke saya tuntut cerai dari dia? Sekian terima kasih. |
File Upload: |
Salam
Suami puan ini bekerja ke tidak? Jika berkerja dia sewajibnya menanggung kos makan minum keluarga dan rumah yang didiaminya. Dia sedaya upaya mencari jalan utk menyelesaikan tanggungjawabnya kepada isteri dan anak-anak.
Syaa faham dia punyai pekerjaan kerana gaji dia masuk 25 hb... so, puan kena perjelaskan tugas dan tanggungjawabnya sebagai suami dan ketua rumah tangga utk menunaikan tanggungjawab nafkah sebaiknya.
Jika dia masih berdegil, elok puan bawakan kes ini ke Pejabat Agama untuk mendapat nasihat (kaunseling). Ataupun puan carilah seseorang yang boleh dipercayai dan boleh menasihati suami puan untuk lebih bertanggungjawab.
Jika segala usaha gagal, puan berhak menuntut cerai. PErkara ini juga perlu melalui Pejabat Agama.
tuntutan cerai adalah hak puan yang terinaya.
terima kasih.
Visitor IP: 175.143.109.13
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.