Soalan: Hukum Talak
Nama*: | lily17 |
Alamat Email: | shoppmarket@gmail.com |
Tajuk*: | Hukum Talak |
Message*: | Saya ingin bertanyakan ttg hukum talak situasinya begini :
ketika sedang makan kami berborak dan ada perkara yg suami tidak sependapat dengan saya. lantas suami menyoal begini pada saya, "kau nak aku ceraikan kau ke?"
saya terus terdiam dan selepas marahnya reda kami berbaik semula.
situasi kedua
3 bulan lalu ketika kami pergi bercuti, dalam kereta semasa sesat mencari jalan suami marah2 saya sehinggakan suami menyoal "kau nak talak berapa 1,2,3? cakap dgn aku..."
Perkara ni berlaku bila mana saya menjawab kata2 suami kerana kami sering tak bersependapat dalam sesetengah perkara. Pertanyaan suami itu seolah2 bertujuan untuk mengugut dan mengertak saya sahaja. Keesokkan kami berbaik semula dan saling menyayangi. Adakah jatuh talak ke atas saya? bantu saya..
terima kasih ustaz |
File Upload: | |
Salam
Puan, ungkapan suami seperti di atas tidaklah menjatuhkan talak kerana ia masih ada dikaitkan dengan sesuatu... seperti 'kau nak talak berapa... dll
CUma cakap elok-elok pada suami, usah mudah menyebut ttg cerai.. usah gunakan kalimah itu bila masa pun kita bergaduh..
hehe
tk
Visitor IP: 115.164.179.95
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.