Thursday, July 3, 2014

Soalan: penceraian dalam bulan ramadhan

Nama*:shamsul shuhaibun
Alamat Email:symartstyling@yahoo.com
Tajuk*:penceraian dalam bulan ramadhan
Message*:isteri mendesak meminta cerai atas sebab ekonomi saya yang tidak mencukupi kemahuannya.dia juga telah keluar rumah tanpa izin saya serta pergi ke daerah lain juga tanpa izin saya.masalah bertambah rumit bila campur tangan ibu mertua yang mendorong dan menyokong tindakan ieteri saya walhal dia tidak mengetahui sepenuhnya masalah yang kami hadapi.isteri pula memang pakar memutar belit kata dan tidak pernah mengakui dan menerima kesilapan diri.sekarang pula semua salah silap seperti diletakan pada saya dan penceraian disokong oleh ibu mertua.soalannya saya sabagai suami merasa satu ketidakadilan berlaku dan mahu membuat saman terhadap isteri kerana lari dari tanggunjawab meninggalkan anak-anak dan memperlekehkan hukum agama dalam aspek rumahtangga.
File Upload:

Salam

Usah disaman dahulu bang... Dalam rumah tangga, banyak kes berpunca daripada suami juga. Suami kekal sebagai pemimpin dan ketua rumah tangga. Mungkin ada kelemahan kita di sana sini yang menyebabkan isteri bertindak sedemikian rupa.

Bimbinglah dia sebaiknya dengan agama dan ilm. AJarilah dia dengan ilmu agama dan bimbinglah dia ke jalan yang benar. Kita sendiri perlu serius mendalami agama dan menghayati ajaran agama. Di situ banyak keberkatan hidup yang kita perolehi. PErcayalah Allah yang memberi sesuatu itu ada sebab dan puncanya..

Jika dia keterlaluan, bawalah berbincang dengan seseorang yang boleh dipercayai seperti ustaz, atau kaunselor. Cuba cari jalan penyelesaian dahulu...

tk

Visitor IP: 60.50.139.169

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA