Nama*: | Haris Nasation Ahmad |
Alamat Email: | haris_nasation08@yahoo.com |
Tajuk*: | Kemusykilan tentang talak |
Message*: | Assalamualaikum Ustaz … Saya Haris Ahmad ingin bertanyakan kemusykilan tentang status perkahwinan saya sekarang ini . Ceritanya begini Ustaz : Saya bersama pasangan telah berkahwin di Selatan Thailand (Songkhla) dan telah pun memperolehi sijil nikah dan pengesahan dari Konsulat Malaysia secara sah . Untuk pengetahuan Ustaz , ibu dan bapa mertua tidak merestui perkahwinan kami ini disebabkan umur kami yg jauh berbeza dan untuk makluman Ustaz , ibu dan bapa mertua saya berbangsa Pakistan dan Mahzab mereka adalah Mahzab Hanafi . Setelah dua hari kami berkahwin , isteri saya menelefon ibunya untuk meminta maaf disebabkan perkahwinan kami di Thailand . Mula2 ibunya tersangat marah dengan perkahwinan kami ini tapi setelah isteri saya memujuk , akhirnya ibunya memberitahu isteri supaya balik ke rumah dan berbincang secara elok , jadi kami berdua pun bersetuju dengan perlawaan tersebut . Setelah pergi kerumah ibu mertua dan melangkah masuk , tiba2 bapanya keluar dari dalam bilik dan terus mencekik isteri saya dan menjatuhkannya , lalu di pijak2 dan ditendang oleh bapanya dan ditambah lagi memukul beberapa kali dengan batang penyapu dan mop hingga patah dua . Ketika itu saya cuba membantu tapi bapanya datang dan terus menendang saya diperut hingga sakit tidak terkata dan dia terus datang untuk menendang untuk kali kedua dan menghalau saya keluar . Disebabkan melihat keadaan isteri ketika itu terlalu teruk , saya pun terus berlari ke balai polis untuk membuat laporan polis . Setelah laporan polis dibuat , maka seorang polis yg berpangkat Sarjan telah mengendalikan kes saya . Sarjan telah datang menemui dan menyuruh ibubapa mertua , isteri serta saya sendiri ke balai polis untuk buat penyelesaian secara elok . Setelah penyiasatan dan perbincangan telah dibuat , Sarjan mendapati saya adalah suami kepada isteri saya yg sah sebab kami mempunyai sijil nikah dan pengesahan Konsulat Malaysia yg sah dan ibubapanya terpaksa akur dengan keputusan polis tersebut . Setelah sebulan kami berkahwin , isteri saya cuba menelefon ibubapanya untuk meminta maaf tapi ibubapanya sedikit pun tidak mahu mendengar kemaafan dari kami malahan mereka bersumpah kami akan mengalami kemalangan yg ngeri , muka kami akan pecah dan hidup tidak akan bahagia untuk selama-lamanya . Dengan kata-kata sumpahan tersebut , isteri saya menjadi semakin tertekan sehari demi sehari dan saya sentiasa menasihati isteri supaya banyak bersabar dan kami sentiasa berdoa meminta keampunan dari Allah agar tidak menurunkan apa-apa bala keatas kami berdua . Setelah seminggu selepas itu kawan rapat telah menelefon isteri saya memaklumkan bahawa ibubapanya sedang sakit . Setelah mendengar berita tersebut , isteri saya pun menelefon ibunya dirumah . Kata ibunya jika hendak balik , baliklah sebagai seorang anak yg tidak bersuami dan ibunya meminta supaya saya menjatuhkan talak walaupun talak 1 kepada anaknya . Saya tidak bersetuju dengan syarat yg diberikan oleh ibunya kerana saya terlalu sayang dan mencintai isteri saya dan tiada sebab untuk saya berbuat demikian . Setelah semalaman kami berbincang bersama , akhirnya isteri saya mencadangkan kami berpura-pura jatuh talak 1 supaya isteri dapat balik bertemu ibubapanya yg sedang sakit . Tapi saya memberitahu isteri bahawa saya tidak akan sekali-kali melafazkan begitu sebab saya tahu perkara ini tidak boleh dibawa main-main walaupun secara bergurau dan isteri saya pun bersetuju dengan cadangan saya tu , cuma hanya isteri saya yg akan memberitahu ibunya bahawa dia telah jatuh talak 1 dengan saya agar dia boleh bertemu dengan ibubapanya . Keesokan harinya saya pun menghantar isteri bertemu ibubapanya tapi kami bertemu di R & R Sg Bakap arah selatan sebab kata ayahnya , dia tidak mahu jiran-jiran tahu anaknya akan balik kerana malu dengan perbuatan kami berkahwin di Thailand dan anaknya tidak akan dibawa balik kerumah ibubapanya malah dilokasi yang dirahsiakan dari pengetahuan saya . Setelah isteri saya pergi mendapatkan ibunya , kelihatan makcik dan adik2 nya turut datang bersama , tapi saya hairan setelah isteri saya masuk kedalam kereta ayahnya , seolah-olah dia dikawal rapi supaya tidak dapat keluar dari kereta langsung dan bapa dan adik lelakinya terus datang untuk bercakap dengan saya . Dalam perbualan tersebut ayahnya memaksa saya untuk melafazkan cerai talak 2 dan 3 sekaligus tapi saya berkeras tidak mahu berbuat begitu sebab saya terlalu sayangkan isteri saya . Katanya dalam Mahzab Hanafi tidak ada talak 1 , yg ada cuma talak 2 & 3 , saya bingung dan tertekan dengan kata-kata dia tu dan saya masih berkeras tidak mahu melafazkannya tapi dia tetap mendesak dan berkata dia tidak akan melepaskan anak dia untuk kali ini . Saya amat bimbang dengan tekanan dan paksaan yg ayahnya berikan sebab saya tahu jika saya tidak melafazkan apa yg mereka mahu , sudah tentu isteri saya akan diapa-apakan seperti yg telah terjadi sebelum ini . Maka saya dengan tidak rela dan tidak ikhlas dihati terpaksa melafazkan juga sebab terlalu bimbang isteri saya dipukul nya nanti . Ketika melafazkan talak tersebut ayahnya memaksa untuk saya melafazkan bekali-kali talak 2 & 3 sekaligus dan merakamkan ketika saya melafazkannya sebagai bahan bukti . Saya amat-amat menyesal diatas apa yg telah berlaku sebab saya tahu talak 3 memang tidak boleh dirujuk kembali . Kemusykilan saya sekarang ini adalah :- a ) Bolehkah Ustaz huraikan samada lafaz secara paksaan tersebut dikira jatuh talak atau tidak b ) Adakah betul talak 1 tiada dalam Mahzab Hanafi c ) Bolehkah kami kembali untuk bersama sebagai suami isteri yg sah sebab kata ayahnya kami sudah tiada apa2 ikatan lagi d ) Adakah perlu saya membuat aduan dimana-mana Jabatan Agama Islam tentang kes ini untuk mendapatkan semula isteri saya Diharap dapatlah kiranya Ustaz membantu untuk menyelesaikan masalah saya yg agak rumit ini . Sekian , terimakasih . Assalamualaikum . Haris Ahmad . |
File Upload: |
Salam
Daripada apa yang saya faham dalam kes ini, saudara benar-benar dipaksa untuk menceraikan isteri. Paksaan seperti ini tidak menjatuhkan talak walaupun disebut talak tiga atau talak dua. Dia masih sah menjadi isteri saudara.
Kes ini perlu dibawa ke Pejabat Agama bagi tujuan penyuraian dan kesahan status perkahwinan saudara.
Sila rujuk segera ke Pejabat Agama.
Soal talak satu tidak ada dalam mazhab Hanafi, itu saya tidak pasti.
tk
Visitor IP: 183.171.167.152
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.