Soalan: Inginkan Kepastian
Nama*: | Sharry |
Alamat Email: | sharry_s79@yahoo.com |
Tajuk*: | Inginkan Kepastian |
Message*: | Assalamualaikum.
Saya ingin bertanya, suami saya pernah berjanji jika dia melakukan perkara yang saya tidak suka maka cerai talak 1 dan pada suatu hari dia telah melanggarnya. Kami ada bertanya kepada seorang uztaz, dia berkata memang kami telah jatuh talak. Kemudian kami telah rujuk kembali.
Di sini saya ingin bertanya, jika sekarang ini suami saya mengulangi perkara tersebut sekali lagi tanpa dia berjanji akan jatuh talak, adakah kami telah bercerai kali ke-2 ?
Terima kasih. |
File Upload: | |
Salam
Perceraian taklik yang pertama terjadi dan ia secara langsung membatalkan taklik berkenaan.
Selepas rujuk jika taklik pertama itu terbatal.
Dah rujuk ni, tak perlu buat taklik lagi.. kan susahkan hidup je...
hehe
Visitor IP: 103.21.154.69
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.