Wednesday, July 9, 2014

Soalan: Jatuh ke talak ke atas saya?

Nama*:Hezrina
Alamat Email:herryna@yahoo.com
Tajuk*:Jatuh ke talak ke atas saya?
Message*:saya berkawin semula selepas menjanda. suami baru bekerja di negeri pantai timur dan duduk bersama ibunya. saya bekerja dan menyewa di KL. sejak saya mengandung saya sering diabaikan dimana suami seolah tidak ambil peduli hal ehwal diri saya. bila dah bersalin, semakin kerap kami bergaduh dan suami rasanya telah lebih 10 kali mengajak bercerai. antara dialognya didalam telefon, "kalau mcm ni na, elok la kita cerai, kita dah tak boleh bersama lagi, carila lelaki yg lain yg boleh tanggung awak anak beranak. pastu saya jawab ok fine. dan oleh kerana dah lebih 10 kali dia sesuka hati ajak cerai, saya dah rujuk perkara ini di mahkamah dan skrg dlm proses pengesahan lafaz talak luar mahkamah. pada pandangan ustaz jatuh atau tidak talak ke atas saya? saya pun dah takde hati nk teruskan sebab dia pun takde tanggungjawab. sakit pening baby semua saya yang uruskan. dia tak penah amik kisah.
File Upload:

Salam

Kasihan puan...

Elok dapatkan pandangan dan ketetapan mahkamah dalam kes seperti ini..

Ia bergantung kepada pengakuan suami, jika suami mengakui dia menceraikan puan, maka terjadilah talak. Tapi jika puan mahu minta diceraikan pun boleh diuruskan di pejabat agama juga.

tk

Visitor IP: 202.60.56.237

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA