Wednesday, July 16, 2014

Soalan: Taklik

Nama*:Ahlan
Alamat Email:Ahlanxxx@gmail.com
Tajuk*:Taklik
Message*:Saya pernah cakap kepada isteri saya, kalau saya menipu lagi, akan jatuh talak. Satu hari kami bergaduh dan dalam keadaan kelam kabut, saya main jawab je soalan-soalan dia yg bertalu2 dan tanpa ada niat menipu untuk meredakan suasana. Tapi isteri menganggap saya menipu, padahal saya just kelam kabut menjawab tanpa berfikir panjang. Adakah jatuh talak?
File Upload:

Salam

Pertamanya, kenapa saudara kaitkan menipu dengan talak. Ia tidak patut sama sekali kerana manusia itu akan sentiasa ada helah dalam komunikasinya. Helah itu juga boleh dikatakan menipu.. dan tentunya talak akan terjatuh dengan begitu mudah... Sebagai suami seharusnya, perkara ini perlu difikir panjang, maaf itu pendapat peribadi saya...

Dalam kes ini, jika saudara sedar sendiri yang saudara tidak menipu, maka ia tidaklah menjatuhkan talak taklik. Dakwaan isteri adalah satu pendakwaan sahaja kerana atas diri saudara sendiri yang tahu dan mengerti sama ada ia tipu atau tidak..

Susah hati saya fikirkan isu ini... ye lah kita nak hidup lama lagi, dah ada taklik seperti ini pula.. (beginilah, kalau dah betul-betul jatuh talak kemudian hari, janganlah dibuat lafaz taklik lagi.. cukuplah lafaz taklik yang terkandung dalam surat nikah sahaja sebagai ikatan takliknya).

tk

Visitor IP: 211.25.11.99

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA