Tuesday, February 18, 2014

Soalan: ustz

Nama*:mohd razali
Alamat Email:
Tajuk*:ustz
Message*:Salam ustz,saya bingung uztaz sya sdh lama berhenti minum arak, pada satu mlm sabtu boss saya kerja ajak saya minum arak sampai x boleh kawal, balik rumah isteri plk keluar rumah tanpa pengetahuan. sya emosi dan x boleh kawal dan x tahu dah apa saya ckp, terlalu mabuk dan emosi, saya telah ceraikan isteri sya talak 3. tpi saya x ingat apa apa subuh tu ustz.ada kah sya bercerai ustaz sedangkan kami tido sama masa tu.dan sya x sedarkan diri sampai barang rumah saya bakar...sya lemah didikan agama ustz sya x tau....
File Upload:
Visitor IP: 113.210.43.166

Salam

Masya-Allah..

Jlan pulang mencari redha Allah masih terbuka luas. Ayuhlah kita kembali.. Kekurangan kita sentiasa ada, namun rahmat Allah masih jauh untuk dicari. Rebutlah peluang untuk kembali ke jalan Allah yang diredhai-Nya.

Mabuk dengan sengaja (minum arak) menyebabkan hilang kewarasan akal dan pertimbangan. Mabuk seperti ini tidak menghilangkan taklif kepada seorang muslim. Ertinya, segala yang diperlakukan adalah di bawah tanggungjawabnya juga.

Sebutan cerai kepada isteri pada ketika mabuk adalah sah dan jatuhlah talaknya. Jika disebut talak tiga, maka ia jadilah talak tiga.

Saya mohon juga tuan refer kes ini ke Pejabat Agama, jika mereka boleh membantu..

tk

Follow @emfteam on Twitter
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA