Tuesday, February 11, 2014

Soalan: cerai

Nama*:natasha
Alamat Email:thepretzels.licious@yahoo.com
Tajuk*:cerai
Message*:Suami saya memaksa saya mengaku yang saya ada hubungan dengan org lain sebelum berkahwin dengan beliau. Saya menafikan. Kerana ingin menjaga hubungan kami,satu malam suami sy ada ckp kalau sya tak mengaku maka jatuh talak,dia bg masa sya untuk buat pengakuan dan jawab soalan dia, Saya sygkan suami sya dan sy tak mahu hubungan kami hancur hanya kerana kisah lalu. Minta pendapat ustaz, contohnya kalau sya menafikan dengan niat yg baik adakah jatuh talak?
File Upload:
Visitor IP: 121.121.18.13

Salam

Kenapa perlu diungkitkan kisah silam? Tidak semua kisah sialm itu perlu dikongsi demi menjaga hubungan suami isteri. Ada perkara yang tidak patut dan tidak perlu dikongsi pun.

Saya pelik kenapa suami puan mahu menjatuhkan air muka puan sendiri dalam kes ini? Adakah kerana dia tidak saying kepada puan lagi atau itulah modal kepadanya untuk diungkit jika ada kes atau masalah berikutnya? PElik.

Jika puan tidak ada hubungan dengan lelaki lain sebelum berkahwin, puan bertegaslah bahawa puan tiada masalah. Tetapi jika benar puan ada terlanjur sebelum berkahwin, elok dipertimbangkan perkara ini. JIka ia lebih memburukkan keadaan, elok tidak diceritakan tetapi jika ia satu kebaikan kepada keluarga, tidak menjadi alasan untuk bercerita. Mana tahu ia satu jalan kita untuk bertaubat dan saling menginsafi..

* Puan boleh Tanya juga, si suami itu ada jugakah pengalaman silam sepertinya?

maaf n terima kasih.


Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA