Thursday, February 27, 2014

Soalan: Permasalah haid.

Nama*:Rashita
Alamat Email:
Tajuk*:Permasalah haid.
Message*:Salam ustaz,
Baru2 ni anak saya menghadapi masalah haid lebih dari 15 hari. Menurut hukum, selepas 15 hari dan 15 malam haruslah mandi wajib dan solat seperti biasa. Tetapi menurut anak saya, hari pertama sehingga hari ke sepuluh haidnya, dia mengalami hanya cairan coklat dan tiada darah. Darah mulai normal keluar selepas hari ke kesepuluh dan melebihi hari ke 15. Anak saya menggangap cairan coklat itu haid pada mulanya. Pada pendapat ustaz, adakah anak saya harus mandi wajib selepas hari ke 15 atau menunggu haidnya berhenti dahulu baru mandi wajib dan solat seperti biasa kerana keraguan adakah haid tersebut keluar sejak hari pertamanya atau hanya merupakan istihadah pada awal hari kesepuluh tersebut? Untuk pengetahuan ustaz, anak saya sebelum ini mengalami putaran haid yang normal haid selama 7 hari dan tiada masalah haid yang tidak menentu.
File Upload:
Visitor IP: 175.140.70.11

Salam puan

15 hari adalah tempoh yang dibenarkan bercuti atas alas an haid. Tetapi jika melebihi hadnya, maka dia wajiblah mandi dan solat seperti biasa.

Saya tidak pasti cairan coklat yang dimaksudkan, cumanya jika ia masih dalam tempoh haid, kita anggaplah ia sebagai haid juga. Kecualilah ia keluar pada bukan waktu haid, boleh jelas kita fahami ia sebagai darah istihadah (penyakit).

Maksudnya, dalam kes ini saya lebih cenderung berpegang kepada tempoh 15 hari sebagai batasan terakhir haid.

tk

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA