Tuesday, February 25, 2014

Soalan: mandi wajib

Nama*:umar
Alamat Email:Umar77@hotmail.my
Tajuk*:Mandi wajib
Message*:Saya mandi wajib..saya perasan pada permukaan tapak tgn saya ada mcm bintik hitam..bila saya cuba guna sepit kuku utk buang permukaan kulit tersebut..kulit tanggal tp warna hitam tu duduk dlm kulit..rasa mcm tahi lalat tp saya tak pasti sbb dah lame ada dan saya abaikan je..tp baru tadi saya cuba utk buang..tp sakit pula..kemudian lepas guna sepit kuku..saya guna pula jarum utk korek..dpt korek tp sakit dan kulit jadi merah dan sakit sedikit..minta pandangan ustaz,adakah sah mandi wajib saya yer sbb saya dah cuba berusaha utk.menghilangkannya tapi.rasa sakit dan pedih..adakah ia boleh menyebabkan air tak rata dan tak sampai pada permukaan kulit semasa mandi wajib..
Tk.
File Upload:
Visitor IP: 203.106.159.89

Salam.

Ketumbuhan di bawah kulit tidaklah perlu dibuang untuk menyempurnakan wuduk atau mandi hadas besar. Ketuat, tahi lalat dan ketumbuhan lain tidaklah perlu dibuang, memadai dengan meratakan air di kawasan berkenaan.

Ingat, Islam tidak menyusahkan kita untuk beribadah. Fahamilah kaedah fiqh sebagai panduan beramal ibadah sebaiknya.

Terima kasih.

Follow @emfteam on Twitter
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA