Soalan: mengulangi lafaz taqlik
Nama*: | mar |
Alamat Email: | mariam@yahoo.com.my |
Tajuk*: | mengulangi lafaz taqlik |
Message*: | Apakah hukum jika isteri bertanya apakah taqlik yang abang baca semasa lepas akad nikah dan menyuruh suami melafazkan semula taliq tersebut.? dan semasa suami melafazkan taliq tersebut , si isteri merasakan seperti lafaz tersebut tidak lengkap. Dalam kes ini, suami dan isteri pun terlupa adakah lafaz tersebut ada tertinggal seperti yang tertera pada lafaz taliq pada borang nikah..Dalam kes tersebut, adakah lafaz taliq tersebut dikira sah,ini kerana si isteri yang meminta supaya suami mengulangi semula |
File Upload: | |
Visitor IP: 1.9.102.57
Salam
Lafaz taklik ada dicatatkan pada sijil nikah. Ia boleh dirujuk pada setiap masa kerana bertandatangan oleh pihak lelaki.
Perulangan lafaz taklik tidak menjadi masalah kepada suami. Yang penting, suami tidak melakukan pantang larang yang disebut dalam lafaz taklik berkenaan. Ia menjadi sah pada sebarang lafaz taklik.
tk
Follow @emfteam on Twitter
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.