Nama*: | hamba allah |
Alamat Email: | amrieahmad@ymail.com |
Tajuk*: | lafaz cerai |
Message*: | salam ustaz. Sy ingin mendapatkn kepastian.kisah ini terjadi 9 tahun yg lepas. Sy dan isteri bergaduh besar. Pergaduhan yg sangat kritikal. Sy akui sy memang panas baran ketika marah.dalam kejadian itu tahap kemarahan sy pada level ke-2 dan ke-3.hilang kawalan diri. Begini cerita nye. Punca nya,sy ajak isteri keluar.sy tak suka isteri pakai pakaian tu, dalam masa yg sama sy tak mampu berikan pakaian cantik pada isteri.sy tertekan.isteri nk juga pakai pakaian tu.kemudian kami bergaduh,sy marah isteri dan pukul berulang ulang kali. sy kertelaluan ustaz pd isteri.sy meludah ke muka isteri berulang ulang kali. smpai pada tahap yg kritikal,isteri sy tidak dapat menahan kesakitan lalu isterisy pergi ke dapur ambil pisau ingin tikam sy.seolah olah masa tu kami bagaikn dirasuk syaitan.hilang kawalan diri.sy pegang tangan isteri dan ambil pisau itu. kemudian isteri jd seperti org gila meroyan memukul diri sendiri berkali kali. dalam masa yg sama sy terus memukul lg berkali kali ustaz.kemudian isteri ada nk pegi rumah ibu bapa nye,sy cakap.(KLO KAU NK PEGI UMAH MAK BAPAK KAU PEGI DNGN AKU)isteri sy tak nk pergi kerna takut sy mengamuk dekat rumah ibu bapa nya.isteri sy pn diam.sy terus marah dan pukul lg isteri.lalu ister ambil tangan sy paksa suruh sy cekik leher isteri.tp sy tak cekik.kemudian bila isteri diam,sy masih tak boleh control diri sy lalu isteri pn dh nk pengsan.sy mundar mandir ke sana ke sini dngn perasaan marah sngt.smpai isteri ckp sy ni macam org gila.tahap marah sy dh smpai level 5-6.isteri memukul diri sendiri meroyan.sy tak suka isteri buat macam tu,klo buat macam tu sy lg marah benci melihat muka isteri.benci sangat dan marah sngat.tapi isteri buat juga.smpai satu saat sy hilang pertimbangn diri dlm hati ingin ugut isteri suoaya takut dengn perkataan cerai sekiranye isteri pukul diri sendiri.lalu sy tak ingat apa dh ustaz, otak sy dh tertekan sngt seolah olah dh tak kenal isteri sy lalu sy katakan (AKU CERAIKAN KAU DNGN TALAK TIGA SEKALI GUS)tiba tiba isteri terdiam dh meroyan smpai nk pengsan dan sy tersedar terus pegi ke isteri dan berkata sy tiada niat.dlm lafaz cerai sy masa tu sy tak sedar dengn kata2 sy.apa yg sy dh buat.apa yg sy ckp kn ini.sy menyesal ustaz menyesal sy. sy berasa sedih ustaz.sy hilang kewarasan diri macam mana sy boleh sebut perkataan itu.masa tu dh terlalu sakit hati benci melihat muka isteri,fikiran sy masa tu macam dihasu setan.lupa sy hendak bgtau ustaz,masa tu isteri sy hamil anak pertama.tlg ustaz.kami mentah dlm limu islam.sy menyesal sngt2ustaz.salam |
File Upload: |
Salam
Saya masih mencari jawapannya.. mohon ditangguhkan seketika.
...
Alhamdulillah saya dapat mencari sedikit panduan pada persoalan di atas.
(Terima kasih kpd Ustaz Zainuddin yang membantu..)
tk
Hukum
Menjatuhkan Talak dalam Keadaan Marah
Menurut Wahbah Zuhaili marah ada
dua. Pertama, marah biasa yang tak sampai menghilangkan kewarasan akal, seseorang yang masih menyedari ucapan atau tindakannya. Kedua, marah yang menghilangkan kewarasan
akal, sehingga seseorang tidak menyedari ucapan atau tindakannya. (Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, 9/343).
Para fuqaha sepakat jika suami
menjatuhkan talak dalam keadaan marah yang sangat (kategori kedua), talaknya
tidak jatuh. Sebab ia dianggap bukan mukallaf karena hilang akalnya, seperti
orang tidur atau gila yang ucapannya tidak dikira hukum. Dalilnya sabda Nabi
SAW,“Diangkat pena (taklif) dari umatku tiga golongan: anak kecil hingga
baligh, orang tidur hingga bangun, dan orang gila hingga waras.” (HR Abu
Dawud no 4398). (Ibnul Qayyim, Zadul Ma’ad, 5/215; Sayyid Al-Bakri, I’anah
al-Thalibin, 4/5; Wahbah Az-Zuhaili, Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu,
9/343; Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyah, 29/9).
Namun fuqaha berbeza pendapat mengenai talak yang diucapkan dalam keadaan marah biasa.
Pertama: menurut ulama mazhab Hanafi dan
sebahagian ulama mazhab Hambali talak
seperti itu tak jatuh. Dalilnya dengan hadits ‘A`isyah RA bahwa Nabi SAW
bersabda,”Tak ada talak dan pembebasan budak dalam keadaan marah.” (HR
Ahmad, Abu Dawud, Ibnu Majah). (Musthofa Al-‘Adawi, Ahkam Al-Thalaq fi
al-Syari’ah al-Islamiyah, hal. 61
Kedua: menurut ulama mazhab Maliki,
Hambali, dan Syafi’i, talaknya jatuh. (Hani Abdullah Jubair, Thalaq
al-Mukrah wa al-Ghadbaan, hal. 19; Ibnul Qayyim, Ighatsatul Lahfan fi
Hukm Thalaq al-Ghadban, hal. 61). Dalilnya dengan riwayat Mujahid, bahwa
Ibnu Abbas RA didatangi seorang lelaki yang berkata,”Saya telah menjatuhkan
talak tiga kali pada isteriku dalam keadaan marah.” Ibnu Abbas menjawab,”Aku tidak boleh menghalalkan untukmu apa yang
diharamkan Allah. Kamu telah mendurhakai Allah dan isterimu telah haram
bagimu.” (HR Daruquthni, 4/34). (Hani Abdullah Jubair, Thalaq al-Mukrah wa
al-Ghadbaan, hal. 24).
Imam Syaukani menukilkan
perkataan Ibnu Sayyid, bahawa kalau marah dalam hadits itu dimaksudkan marah biasa, tentu tidak tepat. Sebab mana ada suami yang menjatuhkan
talak tanpa marah. (Imam Syaukani, Nailul Authar, hal. 1335).
Kesimpulannya, suami yang
menjatuhkan talak dalam keadaan marah dianggap tetap jatuh talaknya. Sebab keadaan marah tidak mempengaruhi keabsahan tasharruf (tindakan hukum) yang
dilakukannya, termasuk mengucapkan talak. Kecuali jika kemarahannya mencapai
derajat marah yang sangat, maka talaknya tidak jatuh. Wallahu a’lam.
Hukum Menjatuhkan
Talak dalam Keadaan Marah
Jika
perceraian sebanyak tiga kali berlaku dalam suasana biasa, maka tidak diragui
lagi tentang gugurnya talak dan tidak boleh lagi kembali menjadi isterinya yang
sah, kecuali setelah berkahwin lelaki yang lain, kemudian bercerai melalui
proses biasa, bukan cara bercina buta.Jika perceraian itu berlaku ketika dalam
keadaan sangat marah, maka perceraian dalam suasana itu ada beberapa pandangan
ulama, tentang sama ada gugur atau tidak talak.
Menurut Ibn
al-Qayyim, marah ada tiga keadaan yang berbeza dan turut berbeza pada hukum
bercerai ketika itu.
Pertama: Marah
yang dapat dikawal perasaan dan fikiran sepenuhnya. Talak yang dilafazkan pada
ketika ini dihukum jatuh dan tidak ada sebarang keraguan padanya lagi.
Lebih-lebih lagi, jika talak itu dilafazkan setelah dia berfikir dengan matang
dan membuat perkiraan daripada segala aspek, sekalipun pada ketika itu perasaan
marahnya belum betul-betul reda.
Kedua: Marah
yang sampai tahap seolah-olah hilang akal, kira-kira ia tidak lagi sedar apa
yang diucapkan pada ketika itu. Talak yang dilafazkan pada ketika ini,
disepakati ulama sebagai tidak gugur, kerana ia disamakan dengan orang gila
yang hilang akal dan tidak lagi memikul beban taklif. Sehubungan orang gila,
Nabi s.a.w. bersabda: Taklif diangkat daripada tiga kumpulan: Orang tidur
sehingga jaga. Kanak-kanak sehingga usia baligh dan orang gila sehingga siuman.
Ketiga: Marah
yang berada pada tahap antara tahap yang pertama dan kedua, marah pada tahap
ini diperselisihkan ulama pada hukumnya. Bahagian ini perlu dilihat daripada
aspek dalil serta mempertimbangkan suasana perceraian itu berlaku. Muslihat dan
kepentingan anak-anak yang masih kecil juga seharusnya diambil kira.
Sebahagian
ulama berpendapat gugur talak yang dilafazkan ketika suami yang sedang marah,
kerana perasaan marah masih boleh dikawal oleh seseorang, malah orang marah
tidak termasuk dalam senarai orang yang terkeluar daripada beban taklif.
Ada pun
hadis Aishah yang membawa maksud: Tidak jatuh talak ketika ighlaq. Hadis ini
dihukum daif kerana ada seorang rawi yang daif dalam sanadnya iaitu Muhammad
Ibn Ubayd. Dengan itu, hadis tersebut tidak lagi berfungsi sebagai dalil yang
menunjukkan tidak gugur talak yang dilafazkan oleh suami ketika dia sedang
marah.
Sekumpulan
ulama lain pula berpendapat, tidak gugur talak, berdasarkan dalil-dalil
berikut:
1. Hadis riwayat Aisyah r.a. yang disebut
terdahulu dan membawa maksud: Tidak gugur talak dan sah memerdekakan hamba
ketika ighlaq (marah).
Hadis ini diriwayat oleh Ahmad 6/276, Abu Dawud, bilangan 2/193,
Ibn Majah, bilangan 2/046 al-Hakim 2/198 dan lain-lain. Maksud ighlaq ialah
terpaksa atau terkunci fikiran hingga hilang waras. Ahmad dan Abu Dawud
menafsirkannya dengan marah. Ini menunjukkan talak pada ketika marah tidak
gugur, kerana gangguan itu menghilangkan kewarasan fikiran.
Hadis ini walaupun dihukum daif oleh kumpulan pertama, atas alasan
Muhammad Ibn Ubayd yang lemah, namun kelemahannya tidak disepakati. Ramai lagi
ulama yang menganggapnya sebagai sahih dan tiada cacat seperti Ahmad dan Ibn
Ma'in. Mereka menerima hadis ini dan mengambil keputusan hukum, sebagai tidak
gugur talak suami dalam keadaannya yang sedang marah.
2. Dalam al-Quran menyebutkan ayat yang
bermaksud: Allah tidak mengira salah kamu bersumpah tentang sumpah-sumpah kamu
yang tidak dimaksudkan untuk bersumpah, tetapi ia mengira kamu bersalah dan
mengenakan hukuman dengan sebab sumpah yang disengajakan oleh hati kamu. -
al-Baqarah: 225. Ayat ini membezakan di antara sumpah yang sengaja dan tidak
disengajai. Para ulama mengatakan talak sama hukumnya dengan sumpah. Jika
dilafazkan dengan sengaja, nescaya gugur, sebaliknya jika tidak sengaja,
nescaya tidak gugur.
3. Marah adalah suatu keadaan yang tidak
waras, oleh tu keputusan yang dibuat ketika marah juga tidak melibatkan hukum.
Dalam sebuah hadis yang membicarakan hakim yang menjatuh hukum ketika sedang
marah, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Hakim hendaknya tidak menjatuhi
hukuman ketika ia sedang marah”.
Jika hakim dilarang membuat keputusan hukum ketika sedang marah,
maka suami lebih patut lagi dilarang menceraikan isterinya pada ketika yang
sama, kerana anak-anak nanti akan menjadi mangsa perceraian akibat bapa yang
menghidap penyakit mental yang gagal mengawal perasaan.
Saya lebih cenderung kepada pendapat ulama yang menyatakan tidak
jatuh talak ketika suami sangat marah atau ketika dia tidak dapat mengawal
perasaan marahnya, kerana marah adalah suatu penyakit yang di luar pilihan
seseorang. Kedudukannya bagaikan orang yang diserang penyakit gila yang tiada
pilihan. Namun marah yang dimaksudkan itu ialah yang terkeluar daripada tahap
sederhana serta ada tanda-tanda menunjukkan ia tidak sengaja menceraikan
isterinya seperti dia menyesal sungguh-sungguh atas perbuatan itu.
ulasan saya (Ustaz Ahmad Nawawi)
+ jika sampai marahnya tidak sedar diri lagi, ia tidaklah menjatuhkan talak.. tk
Follow @emfteam on Twitter
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.