Thursday, February 27, 2014

Soalan: keliru antara keputihan / air mani

Nama*:siti
Alamat Email:sitisu@yahoo.com.my
Tajuk*:keliru antara keputihan / air mani
Message*:Salam ustaz..kalau seorang wanita itu bermimpi bersetubuh..wajibkah dia mandi wajib..macam saya ni setiap hari / hari hari biasa memang keluar keputihan dan berbau..pada satu malam tu saya bermimpi..then bagun pagi saya tgk pada faraj terdapat keputihan..saya tidak mandi wajib sbb yakin saya yakin ianya hanya keputihan biasa yg saya selalu alami sebab baunya sama seperti bau keputihan yg biasa saya alami..
Lagi satu..kadang2 saya ada bermimpi tetapi bila sedar saya tak igt adakah dlm mimpi tu saya bersetubuh / hanya mukadimqh utk je arah persetubuhan...dan ada masa saya mimpi melihat perkara yg merangsang nafsu.
Persoalannya..perlu ke mandi wajib kalau kita yakin mani tak keluar dan ia hanya keputihan biasa..
Sebab saya amat tahu sifat air mani saya dimana selepas bersama suami..akan keluar air yg warna kuning cair sgt dan nipis serta berbau ..
Perlu tak saya mandi wajib bila saya yakin benda yg keluar selepas saya bagun tidur itu adalah keputihan biasa..bau pun bau keputihan yg biasa sata alami..kdg2 saya ni dah letih hari2 nsk mandi wajib...
File Upload:
Visitor IP: 203.106.159.227

Salam.

Keputihan adalah penyakit sahaja, ia tidak perlu dimandi tetapi wajib dibersihkan.

Jika mimpi bersetubuh, maka wajiblah mandi kerana kita tidak pastikan air yang keluar itu air mani atau keputihan. Kadang kala air mani itu sedikit sahaja dan ia segera kering sebelum pagi. LEbih selamat jika mimpi bersetubuh itu, kita mandi.

Pastikan mimpi bersetubuh sahaja yang wajib mandi, jika mimpi entah tak tahu ia ke tidak, tidaklah perlu mandi wajib.

Tak apalah puan, mandi tu tak lah penat sekadar basahkan rambut je.. lepas tu keringkan...

Maaf n tk

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA