Nama*: | shikin |
Alamat Email: | shikin@yahoo.com |
Tajuk*: | takliq |
Message*: | Telah menjadi syarat kepada setiap pasangan apabila selesai majlis akad nikah, pengantin lelaki diminta melafaz taliq. Apakah hukum jika isteri dengan sengaja bertanya kepada suami apakah lafaz taliq yang dilafazkan selepas akad nikah?..dan kemudian suami memberitahu tetapi secara ala kadar je. Adakah lafaz suami secara ala kadar itu dikira lafaz taliq juga dan terpakai? Selepas beberapa jam kemudian, saya tengok semula lafaz taqlik pada borang nikah, ianya sama seperti yg suami beritahu tadi .. Tapi saya jadi was was ada tak suami menyebut " jika isteri mengadu pada mahkamah dan mahkamah mendapati ia benar,maka jatuh satu talak ke atas isteri saya".. Saya pun tanya balik kepada suami " abang tadi masa beritahu lafaz takliq tu ada tak sebut ayat " jika isteri mengadu pada mahkamah dan mahkamah mendapati ia benar,maka jatuh satu talak ke atas isteri saya".. suami pun tak ingat dan ingat-ingat lupa. Adakah lafaz taqlik tu di ambil kira ustaz?.suami dan saya memang terlupa sama ada sebut atau tak ayat mengenai mahkamah tu.. |
File Upload: |
Salam
Lafaz taklik adalah seperti apa yang dilafazkan oleh suami. Ia terjadi dan sah takliknya dengan apa yang disebut mahupun dibacakan seperti dalam majlis akad nikah.
Pada kes ini, suami tentunya tidak ingat semua benda yang dibaca semasa majlis akad nikah. Dia ingat sedikit sahaja, sebab itu dia sebut apa yang dia ingat sebegitu sahaja. Tetapi perinciannya hendaklah dirujuk kepada apa yang tertulis dalam surat nikah. Apa yang terkandung dalam surat nikah itulah yang diterima pakai sebagai lafaz taklik.
Soal dia ulang dua tiga kali, ia tidak menjadi isu. Tidak jadi masalah asalkan butirannya adalah sama dan jelas.
tk
Follow @emfteam on Twitter
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.