Monday, February 24, 2014

Soalan: fasakh

Nama*:nurul
Alamat Email:
Tajuk*:fasakh
Message*:Assalamualaikum ustaz...
Saya baru berkahwin pada bulan 10 tahun lepas.. kira2 4 bulan sudah...saya bekerja di Sabah manakala suami saya pula di semenanjung, jadi dalam sebulan mungkin agak payah untuk kami berjumpa. Persoalannya ustaz, selama kami berkahwin,dia tidak pernah memberi saya nafkah zahir ...maksud saya dia tidak pernah menghulurkan duit untuk makan pakai saya kerana saya juga bekerja...cuma apabila saya balik ke semenanjung atau dia melawat saya di Sabah, dia akan membayar kos perbelanjaan makanan atau pakaian yang saya ingini ketika kami bersiar-siar bersama...bolehkah itu dikira menunaikan nafkah zahir? Bolehkah saya menuntut fasakh?
File Upload:
Visitor IP: 183.171.178.116

Salam

Tahniah dan selamat pengantin baru.

Usia perkahwinan baru 4 bulan, banayk lagi asama garam yang belum dilalui. Kesabaran dan tolak ansur suami dan isteri menjadi punca kebahagiaan berumahtangga.

Soal nafkah, jika puan merasakan ketidakcukupan belanja, mintalah kepada suami. Berterus teranglah kepadanya meminta duit belanja. Insya Allah dia akan hulurkan walaupun tidak banyak. Suami kadang kala beranggapan, masing-masing daupr, masing-masing uruslah.. kecuali jika puan meminta, in sya Allah dia akan berikan.

Berjauhan seperti ini lagi banyak dugaan, bersabarlah.

Usah terburu-buru mahu diminta fasakh. Puan pun bukannya mati kebuluran bila mana suami tidak memberi nafkah.. Usah terburu-buru. Bersabarlah. Lihatlah apa tindakan kita untuk kita meminta dan menuntut hak kita, jika tindakan itu benar dan baik, saya kira ia tidak menjadi masalah.

Jika suami boleh bersabar dengan ketiadaan puan, seeloknya kita lagi bersabar dengan ketiadaannya.

tk


Follow @emfteam on Twitter
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA