Nama*: | setia |
Alamat Email: | hana_apple97@yahoo.com |
Tajuk*: | Soal Jatuh Talak |
Message*: | Assalamualaikum ustaz, Saya nak tanya, jatuh ke talak sekiranya suami menyatakan "Pergilah balik rumah orang tua kau sana dan jangan tinggal sini lagi" dalam pertelingkahan kami atau saya meminta cerai dan suami menyatakan "betul itu yang kau mahu?" Saya kurang arif dalam soal ini dan berharap saya dapat penjelasan yang lebih lanjut. sekian terima kasih. |
File Upload: |
Salam
Ungkapan 'Pergilah balik rumah orang tua...' masih dalam kategori lafaz yang tidak jelas; kinayah. Ia perlu kepada niat si suami sama ada ia dimaksudkan cerai atau hanay pulang ke sana sebab tak suka...
Jika suami memberi maksud (niat) untuk cerai, maka jatuhlah talak satu. Jika tidak, ia tidak jatuh talak.
Ungkapan 'Betul itu yang kau mahu?' ia lebih kepada satu penegasan pada pertanyaan. Ia tidak menjatuhkan talak pada lafaz berkenaan.
Terima kasih.
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.