Monday, February 3, 2014

Soalan: terlafaz "aku ceraikan dikau"

Nama*:Mohd Jamaludin
Alamat Email:rees_qd@yahoo.com.my
Tajuk*:terlafaz "aku ceraikan dikau"
Message*:Assalamualaikum Ustaz,

Baru-baru ini, saya secara tidak sengaja melafazkan "aku ceraikan dikau" semasa ingin menerangkan tentang perihal lafaz taklik yg dibaca ketika akad nikah. Lafaz tersebut bukan dilafazkan kepada isteri saya, namun ia dilafazkan secara umum dengan tujuan untuk menerangkan kepada isteri saya. Tiada sebarang niat, bukan melafazkan secara gurau-gurauan, namun dilafazkan untuk menerangkan situasi tersebut.
File Upload:
Visitor IP: 211.25.214.245

Salam

Saudara Jamal menerangkan maksud lafaz itu kepada siapa? Kepada isteri atau orang lain?

Jika diterangkan kepada orang lain, ia tidak menjadi apa-apa masalah. Tidak jatuh talak.

Jika diterangkan kepada isteri, lafaz berkenaan dinyatakan secara jelas sebagai satu pernyataan semata-mata maka ia tidaklah menjatuhkan talak.

Contohnya saya berbual dengan isteri saya; 'Yang, abang tak boleh sebut 'aku ceraikan engkau', nanti jatuhlah talak."

Maka ungkapan seperti ini tidaklah menjatuhkan talak kerana ia lebih kepada maksud penjelasan bukannya dengan niat untuk menceraikan isterinya walaupun pada lafaz yang jelas.

Dalam kes Sdr Jamal, jika ia sebagai satu penerangan seperti di atas, ia tidaklah menjatuhkan talak.

tk


Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA