Wednesday, February 19, 2014

Soalan: PROSES CERAI

Nama*:SAERA
Alamat Email:ARAU PERLIS
Tajuk*:PROSES CERAI
Message*:salam..sy skrg ni dh x tggal sebumbung dgn suami.sbb sy keluar dr rumh suami mengamuk dan die jga kaki minum. Keluarga dpt tau dn sy mmg dh xde hati u teruskn prkhwnn ni. Masalahnya skrg ni die xnk lepaskn sy melainkn sy bg hak jga ank kt die sepenuhnya. Buat mse skrg ni ank dgn sy dn die cume jmpe 2x smggu je. Kalau dia dpt ank ni die akn bg kt mak die jaga. Saya mohon ustaz u terangkn ape yg sy perlu buat spy ank dlm jgaan sy.  Sy ade cdgkn u bgilir jaga tp die xstuju. sy rasa die cume nk skitkn ht sy. sy mmg btol2 xbhgia dgn die.klu ank bwk 2thm bleh ke suami dpt hak.tolong sy..trm asih.
File Upload:
Visitor IP: 175.140.88.170

Salam

Oleh kerana kes seperti ini agak kronik, saya cadangkan puan membuat aduan ke Pejabat Agama dan puan boleh dapatkan khidmat guaman syarie bagi membantu memudahkan urusan puan. Puan perlu jelaskan keadaan suami yang sebegitu, yang membimbangkan keamanan dan keselamatan anak berkenaan.

Saya kira puan perlu membawa kes ini ke pejabat agama dan sila dapatkan bantuan guaman.

Perceraian suatu yang amat tidak disukai Islam, tetapi mungkin itu pilihan terakhir yang terbaik.

Berdoalah kepada Allah dan lazimilah penghayatan agama kita...

tk

Follow @emfteam on Twitter
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA