Tuesday, February 25, 2014

Soalan: Keadilan berpoligami

Nama*:Md Khir bin Abdullah
Alamat Email:mdkhir.abdullah@yahoo.com.my
Tajuk*:Keadilan berpoligami
Message*:Assalamualaikum Ustaz ..
Saya berkahwin isteri kedua sudah genap setahun tanpa pengentahuan isteri pertama. Perkahwinan di negara jiran dan hingga sekarang belum daftar pernikahan.Kini saya sedar saya tidak dapat berlaku adil pada isteri kedua ..sebab saya hanya boleh berjumpanya sekali seminggu dan itu pun waktu siang hari (tanpa bermalam).Saya berniat untuk berpisah saja .. tapi dia tak setuju dan reda dengan keadaan sekarang asalkan jangan kembalikan status nya menjadi 'janda untuk kali kedua'!

Hendak saya berterus terang dengan isteri pertama memang tak sanggup,pasti hancurlah mahligai bahgia yang dibina sekian lama.

Soalan saya wajarkah saya meneruskan lagi jodoh saya dengan isteri kedua dan berdosakah saya merahsiakan pernikahan ini?

Jika saya putuskan perkahwinan dengan isteri kedua ..apakah yang perlu saya bayar selain nafkah 3 bulan. Bagaimana dengan harta sepencarian adakah dikira?

Jika sagu hati..berapa kadarnya ( contoh : jika gaji saya 4,000 sebulan )
Sekian ustaz ..saya dalam delima dan takutkan kemurkaan ALLAH.terima kasih
File Upload:
Visitor IP: 202.47.177.6

Salam

Saudara Khir,

Langkah pertama, sila daftarkan perkahwinan ini di Malaysia secara sah. Ia bagi menjamin status perkahwinan ini diiktiraf oleh kerajaan dan menyelamatkan keadaan pada masa akan datang.

Soal nafkah dan tempoh waktu berjumpa itu, perlulah diaturkan sebaiknya agar orang baru tidak terasa sangat dia terabai. Susah sebenarnya mahu memuaskan kedua-dua serentak, satu jam pun tidak dibenarkan isteri pertama untuk saudara bertemu isteri kedua, jangankan semalam dan berhari-hari.

Pada saya, jika isteri kedua redha dengan keadaan ini, ia amat baik dan wajar diteruskan perkahwinan kedua.

Cuma saudara kenalah berterus terang kepada isteri pertama, walau terpaksa menempuh badai..namun itulah ketentuan yang telah Allah (dan kita) buat! hehe

Pada saya, tidak elok difikrikan soal cerai.. cuba usahakan untuk bertanggungjawab. Namun jika sukar sangat, cerai adalah pilihan terakhir.

Nafkah bulanan wajib dihulurkan semampu dan sewajarnya yang patut. Mana ada sagu hati untuk isteri, itukan tanggungjawab dan satu sedekah yang wajib..

Wallahuaklam.




Follow @emfteam on Twitter
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA