Soalan: Ugutan Talak
Nama*: | Suami |
Alamat Email: | |
Tajuk*: | Ugutan Talak |
Message*: | Assalamualaikum Ustaz,
Semalam saya bergaduh dengan isteri saya. Dalam ketika marah saya mengugut sekiranya dia tidur di dalam bilik lain lagi (tidak bersama saya) maka saya akan menceraikan dia. Malam semalam isteri saya telah tidur bersama saya. Bagaimanapun, sekiranya selepas ini dia merajuk dan tidur lagi di bilik berasingan adakah akan jatuh talak tanpa saya melafazkannya?
Tk |
File Upload: | |
Salam sdr suami,
Lafaz taklid di atas adalah jelas; tidak boleh tidur di bilik lain akan menjatuhkan talak. Jika isteri sdr tidur di bilik lain, maka jatuhlah talaknya.
Cuma lafaz taklik berkenaan seharusnya boleh ditarik balik oleh 'saudara suami'...
tk
Visitor IP: 203.106.229.140
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.