Thursday, January 31, 2013

Soalan: mandi wajib

Nama*:nurul
Alamat Email:nur19@yahoo.com.my
Tajuk*:mandi wajib
Message*:Sebelum mandi wajib, saya mandi biasa dahulu.
kemudian saya pun mandi wajib seperti biasa..
SOALAN;
1. Selepas selesai mandi wajib, saya solat. Selepas siap solat, saya dapati terdapat sisa sabun dicelah kuku ( kuku tangan) .Saya tak pasti ia sisa sabun atau tidak..saya cuma mengagak saja.
Adakah sisa sabun pada celah kuku boleh menghalang air sampai ke kuku dan adakah mandi wajib saya sah?
Perlukah saya ulangi mandi wajib tersebut?
Adakah perasan was was itu menyebabkan mandi saya tidak sah?
File Upload:

Sdri Nurul,

Pertamanya elakkan sama sekali sifat was-was, ragu-ragu dengan perbuatan kita. Elakkan sejauh-jauhnya. Cuba yakinkan diri pada perlakuan yang dibuat, yang dibuat itu adalah betul dan pasti seperti apa yang kita pelajari.

Mandi wajib cukup dengan meratakan air ke seluruh anggota badan disertai niat. Tidak perlu mandi dulu, baru mandi wajib. Kalau dah mandi dulu dan berniat mandi wajib, itu sudah memadai.

Sabun tidak menghalang air terkena anggota badan. Usah dirisaukan dengan perasaan was-was seperti itu.

tk

Visitor IP: 60.53.19.223

Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA