Wednesday, January 9, 2013

Soalan: lafaz cerai

Nama*:ika
Alamat Email:ikacute@yahoo.comy
Tajuk*:lafaz cerai
Message*:Soalan 1:
Isteri ada menuduh suami melafazkan cerai tetapi suami menafikannya.
Suami mengaku ada melafazkannya tetapi lafaz tersebut tidak ditujukan kepada isterinya dan semasa melafazkannya , suami tidak berniat kpd isterinya..
Soalan;
1. Adakah talak tersebut jatuh terhadap isterinya?
2. dan jika suami memberitahu kpd ibunya ( isteri cakap saya ada cakap "aku ceraikan kau", mana ada "saya ceraikan dia", dia ckp saya tujukan lafaz itu padanya padahal saya tidak tujukan padanya.

Adakah situasi (perbualan)
tersebut boleh terjatuhnya talak terhadap isteri?
Mohon penjelasam dan pendapat dari pihak tuan.
Terima kasih.
File Upload:

Salam Ika,

Pada kefahaman saya, tidak jatuh talak berkenaan kerana suami melafazkan cerai bukan ditujukan kepada isterinya yang sah, mungkin dia berkata kepada orang lain yang tidak disukai dan dibenci.

Situasi ke dua juga tidak menjatuhkan talak kerana lafaz berkenaan adalah penafiannya untuk menceraikan isteri..

Wallahuaklam


Visitor IP: 60.53.24.45

Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA