Nama*: | nurul |
Alamat Email: | nurul87@yahoo.com |
Tajuk*: | mandi junub |
Message*: | Boleh ke membaca niat mandi dalam bahasa melayu "sahaja aku mandi junub kerana Allah taala". Sah ke tidak mandi hadas tersebut? Jika ada benda yg boleh menghalang air drp sampai ke kulit, ia akan menyebabkan tidak sah mandi hadas.Tetapi jika kita sudah berusaha untuk menghilangkannya (benda yg menghalang air) tetapi ia susah utk dihillangkan dan kita mandi hadas juga, adakah sah mandi hadas itu? |
File Upload: |
Salam Nurul,
Niat boleh dibacakan dalam bahasa apa sahaja asalkan kita memahaminya. Niat letaknya di dalam hati, cuma lafaz itu sebagai sebutan untuk mengiyakan apa yang kita lakukan. Boleh dan sah berniat bahasa Melayu.
Perkara yang menghalang air pada anggota badan ketika mandi atau wuduk perlu dibuang seperti sisik ikan, pewarna kuku yang berjisim dsb. Jika tidak ia tidak sah kerana air tidak mengenai anggota berkenaan.
ika anda berusaha sungguh-sungguh untuk menghilangkannya, tetapi ia masih melekat juga, sapulah air di tempat berkenaan dan gosok dengan sempurna. Jika ia terlalu besar, perlu ditampungdengan bertayamum.
wallahuaklam.
Visitor IP: 60.53.24.45
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.