Nama*: | ida |
Alamat Email: | putridayana45@yahoo.com |
Tajuk*: | cerai |
Message*: | Assalamualaikum. Saya puan Ida. Mempunyai 3 org anak. Saya di sini ada sedikit kurang arif berkenaan cerai taklik nie. Di sini sy ada beberapa soalan, adakah jatuh talak bila suami kerap kali setiap pergaduhan berlaku mengertak menceraikan saya. Sebagai contoh; aku ingat kita berpisah je mcm gini, sbb kau degil dan aku hantar kau balik rumah ayah kau sekarang nak? Saya mendiamkan diri tanpa berganjak dari tempat duduk tapi dalam masa yg sama suami sy beriya-iya mengemaskan pakaian sy masuk dlm keretanya. Adakah jatuh talak tersebut? Dan semlm dia mengulangi perkara yg sama bila bergaduh dgn saya tp kali ini dia berkata pada sy, aku ceraikan kau dgn talak 3, kau nak ker, kalau kau nk aku boleh bagi! Saya pun mendiamkan diri tanpa berkata apa-apa hanya ada tanda tanya sahaja adakah jatuh atau tidak? Mohon penjelasan. |
File Upload: |
Salam Puan Ida,
Sengaja saya pecahkan kes ini kepada dua keadaan bagi memudahkan pemahaman kita.
Pada situasi pertama, puan digertak untuk diceraikan dengan ungkapan; aku hantar engkau balik rumah ayah kau sekarang, nak?' Pada fahaman saya ia tidak menjatuhkan talak kerana ada pertanyaan 'NAK?' yang membawa maksud persetujuan daripada puan. Jika puan tidak setuju (berdiam diri) bererti tidaklah jadi talak berkenaan.
Situasi kedua, gertakan yang sama diulang semula 'aku ceraikan engkau dengan talak tiga, kau NAK ke?' Pada kefahaman saya, ia tidak menjatuhkan talak kerana lafaz berkenaan disandarkan @ dikaitkan dengan persetujuan puan. Jika puan tidak bersetuju, bererti tidaklah jatuh talaknya.
Harus diingatkan supaya puan memujuk suami supaya jangan bermain dengan lafaz cerai @ talak. tidak boleh sama sekali...
tk
Visitor IP: 60.54.139.65
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.