Soalan: nada talak tanpa lafaz
Nama*: | ahmad |
Alamat Email: | |
Tajuk*: | nada talak tanpa lafaz |
Message*: | salam Tuan,
saya juga ada bertanya jakim mengenai soalan diatas. jawapan seperti berikut :
Nada Talak Tanpa Lafaz
Soalan
rujukan soalan :svmd2
merujuk jawapan daripada ahli panel, maknanya talak tidak akan jatuh hanya dengan cara berdehem dan menghebuskan nafas?
Jawapan
Assalamualaikum w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Cerai akan jatuh sekiranya dilafazkan dengan jelas dengan kata-kata. sebarang isyarat tidak dikira sebagai lafaz talak. |
File Upload: | |
Salam,
Saya setuju dengan pandapat ini.. Terima kasih.
Visitor IP: 175.140.247.82
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.