Tuesday, January 8, 2013

Soalan: Jatuhkah Talak

Nama*:Puan J
Alamat Email:ju_911@yahoo.com
Tajuk*:Jatuhkah Talak
Message*:Assalamu'alaikum.
Harap dapat menjelaskan. Saya sekarang mengandung 5 bulan. Baru2 ini suami ada menyatakan seperti berikut

1. Kali pertama - saya ambil awak cara elok, saya akan pulang cara elok. tunggulah bulan 5 -
saya dijangka bersalin bulan 5 2013. Ayah saya ada tanya dia untuk kepastian, dia jawab ketika itu dia sedang marah tanpa niat.
2. Kali kedua dalam masa berlainan - Suami sms "Cukuplah tamat sampai di sini. Jangan hubungi saya lagi. Cukup sampai di sini. Moga Allah hantar orang yang sesuai untuk awak" -
Saya tanya dia apa maksud dia, dia niat lepaskan saya ke? dia jawab, ingat saya bodoh? Waras lg la. Belajar hormati suami.


Saya dah minta suami pergi ke mahkamah untuk penjelasan tapi dia taknak pergi.
Harap ustaz dapat tolong beri penjelasan, adakah jatuh talak?
File Upload:

Salam Puan J,

1. Ugutan suami seperti itu tidak menjatuhkan talak.. tunggu bulan 5, setelah bulan 5, belum pasti apa lagi yang suami akan lakukan (sama ada menceraikan atau tidak). Oleh itu, ia tidak terjatuh talak.

2. Yang saya pasti, suami hendakkan layanan dan 'penghormatan'... dia tidak bermaksud menceraikan puan. Lafaz cerai yang tidak jelas perlukan niat yang betul daripada suami....

Moga puan berusaha untuk membahagiakan rumah tangga bersama-sama suaminya juga..


Visitor IP: 113.210.225.121

Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA