Nama*: | fara |
Alamat Email: | fara.rahman88@gmail.com |
Tajuk*: | perlukah bercerai |
Message*: | assalammualaikum wbt ustaz..ustaz,saya seorang wanita berumur 25 tahun..saya telah bernikah tanpa pengetahuan keluarga pada umur saya 24 tahun di perantauan.. Saya mengambil jalan itu kerana saya hampir terlanjur dengan suami saya..perkara ini telah sampai pada pengetahuan ibu dan abang saya dan mereka berniat untuk merahsiakan dari ayah saya.. Sstaz, saya tak dapat terima perbuatan saya dan saya rasa berdosa sangat..selepas abang dan ibu saya mendapat tahu, saya sangka mereka akan nikahkan saya tapi tak..jadi apabila saya balik ke tempat belajar sy,saya makin tak tentu arah..sy sangat menderita memikirkan dosa saya pada Allah..saya paksa suami saya untuk bernikah dengan saya. Dia pun bersetuju dan kami bernikah. Sebulan bulan pernikahan banyak perkara kami tempuhi bersama, suami saya mula tunjukkan rasa sayang pada saya dan saya bertindak untuk betul-betul menjalankan tanggungjawab sebagai isteri. Suami sy selalu kata sy isteri yang baik. Kami betul2 hidup dengan syariat selepas bernikah. Sy mula menutup aurat, mula bersolat, mula kenal erti solat jemaah kerana family saya memang bukan dari family yang alim. Saya dibesarkan dalam suasana yg kurang pada agama dan kehidupan bersama suami saya adalah kehidupan yang amat sy impikan. Tapi masuk bulan ke-6 pernikahan suami sy terjatuh cinta dengan wanita lain yg menyebabkan sy membuat tindakan bodoh dan memberitahu ibubapa saya tentang pernikahan ini..sekarang ibubapa saya mahukan kami bercerai. Ayah saya memberi sy dua pilihan..sama ada sy masih bernikah tapi saya takkan sambung belajar ataupun saya sambung belajar tapi kena bercerai. Suami saya meminta saya memilih pilihan yang pertama. Tapi ayah saya marah apabila sy memilih pilihan itu. Dia mahukan saya bercerai juga kerana suami saya pernah memberitahu ayah sy yang pernikahan ini adalah paksaan baginya dan dia tidak cintakan saya. Ustaz apakah yang perlu sy lakukan? Perlukah penceraian itu? |
File Upload: |
Salam Sdri Fara,
Pertamanya, perkahwinan ini adalah sah di sisi agama. Hanya ia perlu didaftarkan di mahkamah Malaysia bagi tujuan pengesahan perkahwinan. Seharusnya tidak timbul soal suami dipaksa untuk berkahwin kerana pemergian saudari dan suami ke seberang adalah atas pilihan sendiri, tanpa dipaksa. Lainlah kalau saudari yang letakkan pistol di kepala bakal suami untuk berangkat ke seberang, itu lain cerita. Saya yakin ia berlaku atas kehendak saudari dan suami juga. Seharusnya suami tidak timbulkan isu 'paksaan' di sini.
Sedikit kebahagiaan yang saudari kecapi seharusnya boleh menjadi pencetus kepada kebahagiaan yang lebih besar pada masa hadapan. Jika sdri Fara yakni bahawa suami puan mampu membahagiakan puan, teruskanlah perkahwinan ini.
Mengenai 'ugutan' ibu bapa, itu sememangnya cabaran dalam perkahwinan khasnya bagi perkahwinan tanpa restu mereka. Jika suami dan puan bertegas untuk meneruskan perkahwinan ini, tiada siapa yang mampu menghalangnya. Pada saya, saya tidak suka untuk meruntuhkan perkahwinan, biarlah ada masalah dan kekalutannya, tetapi ia adalah asam garam dalam hidup yang perlu dilalui. Apa yang penting saudari perlu meyakinkan suami untuk meneruskan rumah tangga ini.
Berpautlah kepada Allah sebagai Tuhan yang menentukan seluruh kehidupan kita.
Wallahuaklam
Visitor IP: 210.195.170.52
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.