Monday, January 7, 2013

Soalan: bab talak

Nama*:suri
Alamat Email:suri.rayyan@yahoo.com
Tajuk*:bab talak
Message*:Assalamualaikum Ustaz,

Suami saya berasal dari negara luar. Baru2 ini beliau harus pulang ke negara asal untuk memulakan kerja dan mencari rezeki. Saya rasa sayu kerana akan merasa sunyi di rumah, bukanlah kerana bimbang jika beliau tidak kembali seperti yang suami sangkakan. beliau lalu bertanya untuk menyedapkan hati saya, "do you think i will not come back?" Kemudian beliau menyambung (saya kurang ingat ayat beliau tetapi berbunyi begini), "if i want to leave you ATAU if i really want to leave you, i will divorce you and just go. not come back, you know. not like this."

soalan saya,
1) apakah itu lafaz taklik ustaz? jika iya, bagaimana saya pastikan talak jatuh jika berlaku situasi yang suami nyatakan kerana kadang2 bila bertengkar suami akan cakap "i want to go now. i will not come back" sambil pack barang2 dalam beg. tetapi setelah proses pujuk memujuk, suami akan cakap dia sebenarnya tiada pernah niat untuk tinggalkan saya, cuma beliau terpaksa gertak saya kerana saya degil.
2) suami saya baru sahaja pulang ke tanah air beliau untuk memulakan kerja, apakah jatuh talak pada lafaz taklik (jika jawaban ustaz pada no. 1 adalah Iya) sedangkan dia tidak melakukannya iaitu meninggalkan saya betul2 tetapi untuk mencari rezeki?

Mohon nasihat ustaz. Terima kasih
File Upload:


Salam Puan Suri,

Pada pendapat saya, suami puan tidak secara jelas menyatakan 'cerai' ataupun talak. So, ia tidaklah menjatuhkan cerai kepada puan. Malah tiada lafaz taklik dalam kes seperti ini.

Usah diragui pemergian suami. Berdoalah semoga kebahagiaan milik kita semua. tqvm

Visitor IP: 203.82.92.107

Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA