Nama*: | hani |
Alamat Email: | hani@yahoo.com.my |
Tajuk*: | derhaka |
Message*: | Soalan : 1. Hukum seorang anak lelaki menegur ibunya yang silap tetapi dengan cara tegas dan ibunya terasa hati. Ibu telah memaafkannya tetapi anaknya tidak yakin yang ibu telah memaafkannya. 2. Hukum menantu perempuan menyimpan perasaan geram dan tak suka dengan perangai ibu mentuanya tetapi tak berterus terang pun dgn ibu mentuanya tentang perasaan itu. 3. Hukum menantu perempuan tidak menegur ibu mentuanya walaupun ibunya yang bersalah kerana ibu telah buat silap 4. Apakah cara terbaik untuk menantu perempuan menegur kesilapan ibu mentuanya dan bagaimana caranya. |
File Upload: |
Salam Hani,
1. Menegur ibu bapa hendaklah sebaik-baik cara. Jika ibu memaafkan, terimalah kemaafan itu, jika tidak pasti kemaafan diperoleh, mohon maaf berulang kali. Tidak jadi masalah memohon maaf berulang kali... kita hisap susu emakpun berulang kali pada setiap hari!!!!
2. Tak baik berdendam dengan sesiapapun. Jika ada masalah, perlu diluahkan ditegur sebaik-baik cara. Kalau tidak dapat juga nak luahkan, bersabarlah dahulu sehingga ada waktu yang sesuai. InsyaAllah emak mertua adalah emak juga.. mereka punyai perasaan dan pertimbangan tersendiri.
3. Berdosa bersikap seperti itu. Jika benar kita sayangkan famili, sayangkan suami, perlulah juga pupuk rasa cinta dan kasih kepada ibu bapa mertua. Bertegurlah dan berbaiklah dengan mereka, mana tahu ia lebih baik kepada untuk hubungan berikutnya..
4. Cuba berterus terang, tapi bukan menyalahkan ibu mertua. Berterus terang pada perlakuan yang tidak baik, tetapi dengan bahasa yang cukup sopan dan lebih dalam bentuk menasihati, mendidik ataupun lebih dalam bentuk bertanya @ hendak tahu....
tk
Visitor IP: 60.53.19.223
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.