Nama*: | Hamdan |
Alamat Email: | syana.musrin@yahoo.com |
Tajuk*: | cerai dan talak |
Message*: | salam... disini saya ada beberapa kemusyilan mengenai isu talak ini..suami isteri sering mengalami gangguan makluk halus akibat perbuatan sihir yang menyebabkan sering berlakunya pergaduhan dan sering berlaku situasi diluar kawalan dan bukan kehendak masing2. situasi yang berlaku disini adalah apabila berlaku pertengkaran suami sering mengugut untk menceraikan si isteri contohnya "kalau engkau keluar ikut pintu ini maka aku ceraikan engkau" manakala pintu rumah mereka hanyalah satu sahaja jalan keluar dan memang si isteri menggunakan pintu tersebut untuk keluar dan masuk ke rumah dan ada juga di lain hari suami menyebut "kalau engkau pergi ke kerja kita berpisah" dan memang si isteri telah pergi ke kerja adakah sah talak jika si suami benar2 marah pada ketika itu? tetapi tiada lafaz rujuk dilakukan slps itu. seterusnya selepas tempoh setahun berlalu maka berlaku pertengkaran lagi dan si suami melafazkan cerai dengan "mulai hari ini aku ceraikan engkau" kemudian si suami keesokannya rujuk semula dengan si isteri bersaksikan ibu bapa. seterusnya berlaku pergaduhan yang amat besar iaitu si isteri memukul bahagian tubuh si suami dan menyebabkan suami kesakitan dan secara tiba2 suami melafazkan talak iaitu " aku ceraikan engkau dengan talak 3"..si suami berkata demikian adalah bertujuan bagi meredakan isteri dan tak berniat begitu. adakah sah talak tersebut. harap ust dapat jelaskan |
File Upload: |
Salam Sdr Hamdan,
Kes seperti ini elok dirujuk ke Pejabat Agama... ia agak kronik.
Pada pendapat saya, lafaz taklik yang jelas disebut (keluar pintu ini, aku ceraikan engkau) telah menjatuhkan talak jika isteri melanggar taklik berkenaan.
Begitu juga dengan lafaz suami 'mulai hari ini aku ceraikan engkau' adalah lafaz yang sah dan jatuh talaknya.
Ditambah lagi dengan lafaz 'aku ceraikan engkau dengan talak 3', bererti jatuhlah talak 3 ke atas isteri berkenaan walaupun niatnya untuk meredakan keadaan. Kerana di sini suami ada pilihan untuk mengatakan aku ceraikan engkau @ memilih mengatakan aku ceraikan engkau dengan talak tiga....
Perlu dirujuk segera ke Pejabat Agama bagi pengesahan berikutnya.
Visitor IP: 58.27.115.116
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.