Nama*: | hani |
Alamat Email: | |
Tajuk*: | lafaz cerai |
Message*: | Assalammualaikum..ustaz, Semasa marah suami saya pernah berkata kalau ikut hati aku cerai hang. Kali kedua dia kata kalau hang beli baju raya aku cerai hang. Bila dh sejuk saya tanya dia kata dia boleh cakap apa saja sebab marah sgt tetapi masih sayangkan saya dan menyesal. Adakah jatuh talak ustaz? TKasih. |
File Upload: |
Salam puan,
Dua kes di sini. Pertama; kalau ikutkan hati aku cerai hang. Pada kefahaman saya, ia tidak menjatuhkan talak kerana masih ada perkataan 'kalau' sebagai perimbangan pada lafaz cerai.
Kes kedua; kalau puan beli baju raya aku cerai hang.. ia adalah lafaz taklik. Jika puan beli baju raya pada masa berkenaan, maka jatuhlah talaknya. (Talak satu).
tk
Visitor IP: 113.210.224.18
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.