Soalan: Zihar
Nama*: | Hamid |
Tajuk*: | Zihar |
Message*: | Salam ustaz sy ni jenis suke tgk gambar isteri sy skang dulu ,zaman dia kecil2 dulu,zaman belajar,semua gambar sy simpan..masalah sy setiap kali tgk gambar isteri sy mst ade gangguan dan fikiran menyamakan dgn anak perempuan sy..serabut sy..sy xde niat nk zihar pon..kadang2 mmg semua org tahu yg anak byk warisi anggota sama ade dr ayah atau ibu..kadang2 bile tgk lesung pipit anak sy,mesti ingat isteri sy sbb isteri sy pon ade lesung pipit..baru2 ini,sy terjumpa gambar isteri kecik2 dlm umur 2tahun pakai pampers ..lalu ade lintasan sebijik mcm Alia (nama samaran) ..tp xde niat pon nk zihar tp drg fikiran mcm ni,abis la kau dah zihar tu..kadang2 sy rs kadang2 dtg sendiri fikiran utk samakan pastu mulalah was2 dah lafaz ke dlm hati je.. |
File Upload: | |
Salam
Ingatan pada kesamaan anak dengan isteri tidaklah dianggap zihar.
Zihar ini bermaksud mencela dan memburukkan isteri dengan ibu atau mahram.
Ingatan dan sebutan seperti ungkapan; pipi anak macam pipi isteri' tidaklah dikira sbg zihar.
tk
Visitor IP: 60.48.202.222
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.