Monday, January 4, 2016

Soalan: Taklik


Nama*:Aizat
Tajuk*:Taklik
Message*:Askum ustaz

Maafkn saya saya tidak berapa jelas dgn penerangan ustaz pasal taklik.

Situasi 1
Adakah taklik saya valid utk hari itu shaja atau selama saya berkahwin
Contoh- kalau balik keje terus balik rumah, kalau pg mane tanpa kebenaran saya jatuh talak 1 pada hari ini ea.

Situasi 2
Ade kah jatuh talak jika si isteri mematuhi syarat taklik suami
Contoh- selepas taklik si isteri tidak pergi kemana pn slepas balik kerja.ddk rumah

Situasi 3
Adakah saya dah membatalkn taklik itu.
Contoh- slpas bergaduh dgn isteri dan berbaik kembali saya kol dan berkata(selepas ini kalau nk pg mane2 lpas kerja saya izinkan selagi saya hidup)
File Upload:
Salam

Taklik adalah valid sepanjang usia perkahwinan, kecuali lafaz taklik itu dikhaskan untuk hari itu sahaja, atau pada event tertentu sahaja.

Jika suami telah lafazkan taklik; isteri tak boleh pergi ke mana selepas kerja, maka ia kekal selamanya usia perkahwinan. Jika isteri pergi ke lain sahaja akan terjadilah talak.

*saya prefer kepada pendapat taklik boleh ditarik balik sebagaimana janji janji yang kita buat juga kita boleh tarik balik... namun kebanyakan ulama mengatakan taklik tidak  boleh ditarik balik kerana dibimbangi orang akan mempermainkan taklik pula.

tk

Visitor IP: 115.164.181.186

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA