Soalan: adakah ianya lafaz taklik
Nama*: | nor |
Tajuk*: | adakah ianya lafaz taklik |
Message*: | Assalamualaukum ustaz.mohon pandangan ustaz mengenai situasi ini.
jika si suami ckp kalau si isteri mesej atau menghubungi dgn sapa2 lelaki iaitu lelaki yg pernah berkawan dulu si suami tak redha.kalau buat juga tak ada apa2 lah..bila ditanya apa makna tak ada apa2 tu,suami ckp xdak apa2 maksud..tgantung.bila keadaan tenang,si isteri bertanya kenapa ckp mcm tu,si suami bgtau supaya si isteri tidak berhubungan dgn orang lain yg boleh menyebabkan blaku pgaduhan.si isteri bertanya jika si isteri mesej atau menghubungi juga apa yg akan dilakukan suami?si suami berkata jika dia dapat tahu atau si isteri kantoi,dia nk berpisah dgn si isteri.lebih kurang begitu niatnya. Apakah hukumnya ustaz. |
File Upload: | |
Salam..
So janganlah nak berhubung lagi dengan lelaki yang suami tidak suka.. Usah nak cuba dan nak contaks lagi lelaki berkenaan. ITu sahaja.. kecualilah jika ada kes hidup dan mati, mintalah izin suami untuk hubungi lelaki berkenaan.
Suami dah baik tu.. nasib baik gitu..
tk
Visitor IP: 183.171.26.176
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.