Monday, January 4, 2016

Soalan: Talak tiga

Nama*:farina
Tajuk*:Talak tiga
Message*:Assalamualaikum ustaz... panjang ceritanya..sy pendekkan. sy kawen di naratiwat. smpi malaysia emak suami tahu tentang perkahwinan ini. sy pada masu itu otw balik ke kuala lumpur seorang diri. emak suami mendesak agar mengaku adakah saya berkawin atau tidak dengan saya. banyak kali ditanya tetapi suami tidak mengaku. sehinggalah keluar kenyataan kalau betul tidak berkahwin ikut apa yang emak kata. kalau kamu kawin dengan gee (panggilan utk sy) jatuh talak tiga. suami diam tidak mahu menjawab soalan itu. keadaan semakin tidak terkawan dengan pelbagai desakan. emak suami suruh suami mengulangi kata2 nay lagi..ikut apa yang mak cakap ni.. kalau betul kawen dengan gee jatuh talak tiga. suami mengikut kata2 tersebut. tetapi emak suami tidak puas hati. di desak lagi kali ini dia suh lafaz. ifan( panggilan suami) kalau iafan xnak derhaka pada mak,,, irfan ikut kata mak ni. aku ceraikan gee dengan talak tiga. suami mengais.. dia diam.. dia sebut..aku ceraikan gee.. diam... mak irfan sebut lagi..cakap..dengan talak tiga.. irfan sebut dengan talak tiga. menagislah irfan dengan apa yg terjadi. belum habis disitu. esoknya emak irfan ke tempat perkahwinan kami di naratiwat untuk keluarkan surat cerai. irfan xnak..mak dia maksa juga pegawai disana kelaurkan surat cerai. selesai surat itu. pegawai tersebut menyuruh irfan lafaz cerai. irfan bagitahu kepada pegawai tersebut..tuan..saya tidak rela. emak irfan dengan marah cakap..ikut. irfan lasung tidak memandang surat tersebut dan mengikut apa yang di ucapkan pegawai tersebut. dengan keadaan menagis dan dlm hati tidak merelakan diperlakukan begitu. selesai semua emak irfan menefon saya dan memberitahu bahawa sy telah diceraikan talak tiga jangan ganggu anknya lagi. esoknya irfan menceritakan apa yang terjadi dan memberitahu xde niat utk berbuat demikian dan segalanya atas arahan emak dan dia tidak waras utk memikirkan kejadian itu. keadaan sangan kelam kabut dan kalut. jatuhkah talak? tolong saya utk pencerahan dan bolehlah hubungi saya. tidak kuat untuk saya redha dengan apa yang terjadi. 
File Upload:
Salam.

Jika benar ibu suami memaksa seperti itu, pada pendapat saya talak yang dilafazkan oleh suami tidak sah kerana dia dipaksa. Talak hanya sah atas kerelaan suami dan kehendak suami.

Pada pendapat saya, puan masih sah sebagai isterinya.

tk

Visitor IP: 175.139.147.70

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA